awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Perak kaji keperluan vaksin dos ketiga

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
27/09/2021
06:00 MYT
COVID-19: Perak kaji keperluan vaksin dos ketiga
Mohd Akmal berkata, ketika ini kerajaan negeri sedang memberi fokus kepada program pemberian vaksin remaja yang bermula sejak 20 Sept lalu. - Astro AWANI
BATU GAJAH: Perak sedang mengkaji keperluan pemberian vaksin dos ketiga atau dos penggalak COVID-19 kepada rakyat di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin berkata, kerajaan negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.
Katanya, ketika ini kerajaan negeri sedang memberi fokus kepada program pemberian vaksin remaja yang bermula sejak 20 Sept lalu.
"Perkara ini (dos penggalak) masih lagi dalam kajian. Kita tunggu arahan daripada pihak kementerian sahaja. JKN menunggu arahan daripada KKM. Belum ada apa-apa keputusan," katanya.
Mohd Akmal berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pembukaan hari pertama Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu di Silverlakes Brand Village Outlet di sini hari ini.
Semalam, Sarawak dilaporkan bakal menjadi negeri pertama di Malaysia melaksanakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 bermula bulan depan.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, ketika ini pihaknya masih dalam proses penyediaan garis panduan klinikal untuk pelaksanaan program suntikan dos ketiga itu.
Topic Berkaitan
#dos penggalak
#dos ketiga
#vaksin COVID-19
#Jabatan Kesihatan Negeri Perak
#Mohd Akmal Kamarudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan