SHAH ALAM: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh bukan pilihan yang sesuai dalam menurunkan bilangan jangkitan kes COVID-19 di negara ini.
Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MICCI), Datuk Tan Cheng Kiat berkata pengalaman yang diperoleh daripada PKP 1.0 menunjukkan bahawa penurunan kes telah berjaya bagaimanapun kemerosotan ekonomi negara tidak dapat dipulihkan.
Menurut beliau, prosedur operasi standard (SOP) yang jelas dan penguatkuasaan sewenang-wenangnya juga mempengaruhi perniagaan.
“Ini kerana perniagaan tidak mempunyai suis hidup disebabkan kurangnya perundingan dengan industri yang akan menyebabkan kelemahan semua perniagaan.
“Apabila perniagaan tidak dapat beroperasi, tiada aliran pendapatan daripada kegiatan ekonomi dapat dijanakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Dalam pada itu, Cheng Kiat berkata, MICCI tidak percaya bahawa PKP 1.0 merupakan pilihan yang sesuai disebabkan SOP bekerja dari rumah dapat dilaksanakan dengan agensi penguatkuasaan yang diberi penerangan dengan betul.
Tambah beliau, kerajaan perlu memberikan sektor swasta untuk membantu mempercepatkan vaksinasi seawal mungkin agar ia menjadi pilihan terbaik untuk negara kembali normal dan perniagaan dapat dikekalkan.
MICCI juga sentiasa menyokong kerajaan dalam memerangi pandemik COVID-19 yang hampir mencapai titik putus.
Artikel asal di Sinar Harian: PKP secara penuh bukan pilihan sesuai: MICCI
Sinar Harian
Wed May 19 2021
Tan Cheng Kiat berkata pengalaman yang diperoleh daripada PKP 1.0 menunjukkan bahawa penurunan kes telah berjaya bagaimanapun kemerosotan ekonomi negara tidak dapat dipulihkan. -Foto newlife.my
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Persatuan perniagaan bantah sekatan sepenuhnya, mahu SOP lebih ketat, percepat program vaksinasi
Sekatan pergerakan sepenuhnya dipercayai beri kesan signifikan terhadap pemulihan ekonomi negara kerana 40 peratus PKS sudah menderita dan 37.7 peratus akan tutup operasi untuk selamanya.
COVID-19: PKP secara penuh bukan pilihan sesuai - MICCI
Menurut beliau, prosedur operasi standard (SOP) yang jelas dan penguatkuasaan sewenang-wenangnya juga mempengaruhi perniagaan.
Pengguna harus bersedia hadapi kenaikan harga barangan - MICCI
Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) Datuk Jalilah Baba meminta pengguna bersedia menghadapi kenaikan harga barangan.
Prospek pelaburan Malaysia kekal cerah - MICCI
Prospek pelaburan Malaysia kekal cerah meskipun pertumbuhan ekonomi dunia tidak memberangsangkan, kata Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI).
Kaji kemungkinan TPPA tanpa Amerika Syarikat - Presiden MICCI
Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) Datuk Wira Jalilah Baba berkata kerajaan juga boleh menimbang untuk meneruskan TPPA tanpa AS.