awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: PKPD Secara Pentadbiran di Zon Melur dilanjutkan hingga 27 September

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
13/09/2020
09:16 MYT
COVID-19: PKPD Secara Pentadbiran di Zon Melur dilanjutkan hingga 27 September
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran yang dilaksanakan di Aman Jaya, Kedah iaitu di Zon Melur akan dilanjutkan sehingga 27 September ini. - Gambar hiasan
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran yang dilaksanakan di Aman Jaya, Kedah iaitu di Zon Melur akan dilanjutkan sehingga 27 September ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu dikuatkuasakan selepas terdapat 12 kes positif COVID-19 di zon berkenaan pada saringan kali kedua.
Sehubungan itu, beliau berkata, perintah berkenaan akan melibatkan seramai 609 rumah dengan anggaran 2,529 penduduk.
"Bagaimanapun, dua zon lagi iaitu Zon Kenanga dan Zon Mawar akan ditamatkan berkuatkuasa tengah malam ini.
"Keputusan ini diambil selepas saringan kali kedua dilaksanakan pada 9 September 2020 tiada lagi kes positif COVID-19 direkodkan di Zon Kenanga, manakala hanya satu kes sahaja direkodkan di Zon Mawar dan telahpun dimasukkan ke pusat kuarantin yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu, Ismail Sabri menggesa semua penduduk terlibat untuk memberi kerjasama dan patuh kepada arahan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh tersebut.
Sebelum ini, PKPD Secara Pentadbiran di kawasan berkenaan telah dikuatkuasa bermula dari 28 Ogos 2020 hingga hari ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#Kedah
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Malaysia
#PDRM
#perintah kawalan pergerakan
#PKPD
#PKPD Secara Pentadbiran
#polis
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan