KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan tiga individu termasuk seorang wanita memakai gelang warna merah jambu yang dipercayai melanggar arahan kuarantin wajib apabila pergi sebuah farmasi di Puchong Perdana, pada Khamis lepas.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman, siasatan awal terhadap penyelia farmasi berkenaan mendapati kejadian berlaku pada 11.20 pagi apabila salah seorang daripada mereka memasuki premis berkenaan.
"Seorang lelaki telah masuk ke dalam farmasi tanpa imbasan aplikasi MySejahtera dan memakai gelang merah jambu untuk membeli ubat, manakala seorang lagi lelaki dan wanita menunggu di luar premis.
"Lelaki yang berada di dalam farmasi tersebut beredar keluar tanpa membuat sebarang pembelian setelah dimarahi dan diarahkan keluar oleh pekerja farmasi.
"Susulan itu, empat pekerja farmasi yang bertugas pada hari tersebut telah diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing sebelum diarahkan membuat ujian calitan awal," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Abd Khalid berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga individu tersebut telah melanggar arahan kuarantin yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan usaha mengesan mereka diteruskan sehingga kini.
"Polis turut mengeluarkan kompaun terhadap premis berkenaan mengikut Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021 kerana gagal memastikan pelanggan risiko rendah dibenarkan masuk dalam premis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).
"Orang ramai yang diarahkan menjalani kuarantin kendiri di rumah atau yang memakai gelang merah jambu dinasihatkan supaya tidak keluar dari kediaman untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)," tegas beliau.
Afiezy Azaman
Mon Jul 19 2021

Polis sedang mengesan tiga individu memakai gelang merah jambu yang dipercayai melanggar arahan kuarantin wajib apabila pergi sebuah farmasi di Puchong Perdana, pada Khamis lepas. [email protected] Yah

95 peratus Aduan Suri berjaya diselesaikan - Fuziah
Sebanyak 95 peratus daripada 909 aduan yang diterima menerusi kod QR Aduan Suri sejak bulan lepas berjaya diselesaikan dan diambil tindakan.

NCCIM gesa kerajaan pertimbang langkah alternatif berhubung kenaikan surcaj elektrik
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menggesa kerajaan mempertimbangkan langkah dasar alternatif berikutan pengumuman kenaikan drastik surcaj tarif elektrik.

Gempa bumi Turkiye-Syria: UNESCO bimbang kerosakan pada tapak warisan
UNESCO mengambil berat mengenai keadaan di bandar Purba Aleppo, Syria yang tersenarai sebagai "Warisan Dunia dalam Bahaya."

Penyelidik New Zealand hasilkan kajian terbaru mengenai bahaya banjir glasier
Tasik ini bahaya bagi mereka yang tinggal di hilir kerana banjir boleh berlaku secara tiba-tiba akibat kegagalan empangan semula jadi.

Tanah Runtuh | 40 maut, puluhan cedera di Peru
Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di Peru.

Tragedi MH17 | Putin didakwa luluskan bekalan peluru berpandu tembak jatuh pesawat
Pasukan penyiasat antarabangsa mendakwa mereka mempunyai bukti meyakinkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani keputusan membenarkan sistem peluru berpandu Rusia masuk ke Ukraine.

Lawatan Rasmi PM | Respons positif petanda hubungan baik Malaysia, negara jiran
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meluahkan kegembiraan selepas melihat lawatan Perdana Menteri ke negara-negara jiran sebelum ini berjalan lancar dan menerima sambutan baik.

Lawatan Rasmi PM | Teroka Ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand
Hal-hal ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand turut menjadi fokus lawatan dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand.

Lawatan Rasmi PM | Empat MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyaksikan empat memorandum persefahaman (MoU) dimeterai sempena lawatannya ke Thailand pada 9 dan 10 Februari ini.

Parlimen Gua Musang | Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, Pegawai Pengurus
Mahkamah Tinggi Kota Bharu membatalkan petisyen terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pegawai suruhanjaya itu yang difailkan oleh wakil calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.

Indonesia harap SOP RTK 2.0 diperincikan segera
SOP mengenai RTK 2.0 akan menjadi rujukan kepada pendatang asing tanpa izin yang sudah lama bekerja di Malaysia.

Wang bantuan awal persekolahan hilang: Wujud pelanggaran SOP kewangan - Fadhlina
Jika mengeluarkan wang tunai melebihi RM10,000, perlu mendapatkan perkhidmatan pengiring daripada polis.

COVID-19: Pelanduk lupakan jerat, tetapi jerat tidak lupakan pelanduk - Khutbah Jumaat
Jemaah diingatkan, COVID-19 masih berlegar dalam kehidupan seharian dan terus menular, malah sentiasa menjelmakan varian baharu.

Kemasukan pelancong China: Usah beri reaksi keterlaluan - Tiong King Sing
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing memohon rakyat Malaysia supaya tidak memberikan reaksi keterlaluan berhubung kemasukan pelancong China ke dalam negara.

COVID-19: Tiada SOP tambahan bagi pengembara dari China masuk Sabah - Hajiji
Sabah tidak akan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) tambahan kepada pengembara di China ke negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Teroka REE: 'Kalau lambat macam kura-kura, semua akan rugi' - Sanusi
Kerajaan negeri Kedah terpaksa memulakan proses penerokaan unsur nadir bumi berlandaskan bidang-bidang kuasa negeri.

COVID-19: KKM teliti tujuh indikator sebelum perketat SOP - Dr Noor Hisham
Sekiranya data menunjukkan peningkatan di semua indikator, maka KKM akan melihat tindakan susulan.

Memperketat SOP pengembara luar negara bukan langkah tepat - Tiong
Keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia adalah keutamaan, namun, perlu diseimbangkan dengan faktor ekonomi.

Media akan diberi taklimat kesiapsiagaan COVID-19 Selasa depan
Dr Zaliha Mustafa berkata, beberapa perkara penting termasuk isu memperketatkan SOP COVID-19 di pintu masuk negara akan dijelaskan.

MITA gesa kerajaan keluar SOP sebelum kemasukan pelancong China Isnin ini
Majlis Pelancongan Malaysia (MITA) menggesa kerajaan agar mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas sebelum kedatangan pelancong dari China bermula Isnin ini.