awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Rakyat Kelantan bimbang peniaga abai SOP, tidak pakai pelitup muka

Bernama
Bernama
08/01/2022
04:29 MYT
COVID-19: Rakyat Kelantan bimbang peniaga abai SOP, tidak pakai pelitup muka
Sikap sedemikian seharusnya tidak wujud dalam kalangan peniaga kerana penularan wabak COVID-19 masih membimbangkan dan boleh berjangkit sekiranya tiada pematuhan SOP. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Terdapat segelintir peniaga di negeri ini sudah tidak mengendahkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kerana tidak memakai pelitup muka dengan sempurna ketika berniaga dan bersemuka dengan pelanggan.
Tinjauan Bernama di beberapa jajahan di Kelantan termasuk Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Mas, Machang dan Kuala Krai mendapati pemakaian pelitup muka dianggap remeh oleh sesetengah peniaga, malah ada yang sekadar meletakkannya di bawah hidung, dagu dan ada yang langsung tidak memakainya.
Pekerja sebuah syarikat di Kota Bharu, Zulfadhli Rosley, 31, berkata sikap sedemikian seharusnya tidak wujud dalam kalangan peniaga kerana penularan wabak COVID-19 masih membimbangkan dan boleh berjangkit sekiranya tiada pematuhan SOP.
"Mereka (peniaga) sepatutnya patuh SOP, bukan pelanggan sahaja yang kena patuh, ini tidak, apabila saya masuk ke kedai mereka, saya yang pakai pelitup muka tapi peniaga tersebut tidak pakai (pelitup muka).
"Sehinggakan saya sendiri terpaksa tegur, minta peniaga tersebut pakai pelitup muka, saya rasa sungguh kecewa dan geram kerana peniaga ini tiada sifat bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan pelanggan mereka," katanya ketika ditemui Bernama, di sini, hari ini.
Sementara itu, suri rumah Norkatini Md Yusuff, 50, berkata ketika kerajaan membenarkan para peniaga membuka semula operasi, beliau amat berpuas hati terhadap pematuhan SOP mereka.
"Namun, lama-kelamaan ia sangat menyedihkan kerana didapati beberapa kedai dan gerai yang sering saya kunjungi sebelum ini telah mula mengabaikan SOP pemakaian pelitup muka dan sekadar meletakkan pelitup muka di bawah hidung dan dagu sahaja.
"Bagi saya, peniaga ini perlu mempunyai kesedaran, jangan pentingkan diri sendiri serta keuntungan perniagaan semata-mata sehingga boleh mengancam kesihatan pelanggan mereka," katanya yang berasal dari Kampung Jelatok, Tanah Merah.
Selain itu, seorang usahawan dalam talian di Batu Balai, Kuala Krai, Nurain Najua Saari, 29, berkata tanggungjawab memastikan pematuhan SOP dalam kalangan peniaga tidak seharusnya diletakkan pada pihak berkuasa semata-mata kerana mereka tidak mampu untuk melakukan operasi di semua premis perniagaan.
"Oleh itu, sebagai rakyat, saya seru supaya kita sendiri perlu menjadi mata dan telinga kepada penguat kuasa ini dan segera laporkan sekiranya terdapat peniaga yang ingkar dan masih berdegil untuk mematuhi SOP," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#SOP
#pelitup muka
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan