awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: R-naught meningkat 0.91, KL dan Negeri Sembilan tertinggi

Astro Awani
Astro Awani
27/10/2021
02:59 MYT
COVID-19: R-naught meningkat 0.91, KL dan Negeri Sembilan tertinggi
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.02.
KADAR kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan kepada 0.91 pada Selasa berbanding 0.89 hari sebelumnya.
Namun, enam negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.02.
Ini diikuti Melaka, Putrajaya, Selangor, Sabah dan Kedah.
Seterusnya, Kedah, Johor, Terengganu, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Sarawak dan Perlis catat R-naught di bawah purata kebangsaan.
Labuan merekodkan tiga kes baharu COVID-19.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#R-Naught
#kes positif
#kadar kebolehjangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan