KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan R-naught COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan selama dua minggu berturut-turut.

Angka itu susut ke 0.97 pada Ahad berbanding 0.99 hari sebelumnya.

Labuan mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.26.

Ini diikuti Negeri Sembilan, Sabah, Kuala Lumpur, Sarawak, Melaka, Selangor, Johor, dan Perak.

Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Kelantan, Kedah, Putrajaya dan Perlis merupakan negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah 1.0.

Sebanyak 10 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.