awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sabah benarkan majlis perasmian kerajaan, swasta mulai esok

Bernama
Bernama
03/10/2021
15:32 MYT
COVID-19: Sabah benarkan majlis perasmian kerajaan, swasta mulai esok
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 Sabah berkata kebenaran itu adalah mengikut syarat iaitu semua yang hadir telah lengkap divaksin dan kapasiti 50 peratus ruang premis. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Majlis rasmi kerajaan dan swasta termasuk perasmian dan bengkel dibenarkan bermula esok, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 Sabah berkata kebenaran itu adalah mengikut syarat iaitu semua yang hadir telah lengkap divaksin dan kapasiti 50 peratus ruang premis.
"Bagi individu belum divaksin atas masalah kesihatan atau perubatan yang telah disahkan pegawai perubatan berdaftar, perlu menjalani ujian pramajlis menggunakan kit ujian kendiri (saliva) sebelum hadir disaksikan penganjur atau pengesahan daripada pengamal perubatan," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata Sabah mengekalkan trend penurunan kes positif dengan catatan sebanyak 767 kes, iaitu penurunan marginal 17 kes berbanding semalam sebanyak 784 kes.
Beliau berkata trend penurunan kumulatif kes Sabah pada hari ini sejajar dengan jumlah daerah yang mencatatkan penurunan iaitu 15 daerah, manakala 11 daerah lain mencatatkan sedikit peningkatan dan satu daerah iaitu Kinabatangan mengekalkan catatan sebagaimana semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#majlis perasmian
#kerajaan
#swasta
#Masidi Manjun
#Sabah
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan