awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DBKL pastikan tiada ‘middleman’ ambil kesempatan tapak bazar Ramadan - Hannah Yeoh
Tehran sedia untuk perjanjian nuklear adil, saksama, kata diplomat kanan Iran
Suspek bunuh teman wanita sudah sedar, dipantau rapi - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Semua urusan di Mahkamah Syariah seluruh Perak ditangguhkan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/03/2020
09:26 MYT
COVID-19: Semua urusan di Mahkamah Syariah seluruh Perak ditangguhkan
Arahan itu telah dikeluarkan oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Perak, Datuk Asaari Mohd Yazid melalui memo bertarikh 17 Mac 2010. - Gambar hiasan
Susulan keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan berkaitan COVID-19 mulai 18 hingga 31 Mac 2020, semua urusan di Mahkamah Syariah seluruh Perak yang dijadualkan dalam tempoh tersebut ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Urusan tersebut termasuklah prosiding sebutan, majlis sulh, perbicaraan dan urusan-urusan yang berkaitan.
Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syarie Negeri Perak, Ab. Rahman Thobroni Mohd Mansor berkata, arahan itu telah dikeluarkan oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Perak, Datuk Asa’ari Mohd Yazid melalui memo bertarikh 17 Mac 2020.
Menurutnya, memo tersebut ditujukan kepada orang awam, Peguam-Peguam Syarie, Jabatan Bantuan Guaman, Bahagian Sokongan Keluarga, Pejabat Penguatkuasa Agama Islam dan Jabatan Pendakwa Syarie Negeri Perak.
“Sekiranya ingin mendapatkan penjelasan lanjut, tuan/puan boleh menghubungi Ketua Pendaftar di talian 012-5173194 atau Penolong Pendaftar 017-5911067,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin berkata, semua majlis akad nikah di Perak hendaklah ditangguhkan sepanjang tempoh kawalan COVID-19, bermula 21 Mac sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Menurutnya, semua Pegawai Tadbir Agama (PTA) perlu mengambil maklum mengenai arahan tersebut dan membuat tindakan lanjut mengikut daerah masing-masing.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#koronavirus
#mahkamah syariah
#majlis sulh
#Perak
#perbicaraan
#prosiding sebutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan