awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
Polis tumpaskan aktiviti pelacuran warga Afrika di Bukit Bintang
Hutan di kaki Bukit Bendera dan tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tamatkan PKP terlalu awal boleh rancakkan jangkitan dalam masyarakat

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/04/2020
10:30 MYT
COVID-19: Tamatkan PKP terlalu awal boleh rancakkan jangkitan dalam masyarakat
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pelaksanaan tersebut masih di peringkat pertengahan dan memerlukan tindakan pencegahan serta kawalan yang berterusan.
Kementerian Kesihatan menyambut baik keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana ia dapat membantu kementerian tersebut dalam memerangi pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pelaksanaan tersebut masih di peringkat pertengahan dan memerlukan tindakan pencegahan serta kawalan yang berterusan.
“Ini dapat diperhatikan daripada trend kes COVID-19 dan trajektori yang diunjurkan melalui kajian yang telah dijalankan oleh KKM.
“Malahan ia perlu dipesatkan lagi bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan ini melalui peningkatan aktiviti sedia ada serta beberapa pendekatan baharu dan khusus kepada kumpulan sasar tertentu.
“Ini adalah wajar, sepertimana yang disebut sendiri oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus pada 25 Mac iaitu tindakan agresif seperti melaksanakan PKP dapat memberi peluang kepada sesebuah negara untuk mengharungi jangkitan COVID-19.
“Dr Tedros turut mengingatkan bahawa tindakan untuk menamatkan perintah ini dengan terlalu awal boleh mengakibatkan penularan semula COVID-19 di sesebuah negara,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Jumaat.
Ujarnya, tindakan menamatkan PKP terlalu awal dibimbangi boleh merancakkan kembali jangkitan dalam kalangan masyarakat khususnya warga emas dan yang berisiko tinggi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#Media
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan