awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25,000 pelatih bakal terima manfaat menerusi LiKES - Ramanan
[TERKINI] Tun Mahathir dalam keadaan baik - Marina
SPRM reman seorang pengarah IPTA disyaki salah guna kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tidak perlu darurat, segerakan bantuan atau sistem kesihatan di Sabah 'runtuh'

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
25/10/2020
09:10 MYT
COVID-19: Tidak perlu darurat, segerakan bantuan atau sistem kesihatan di Sabah 'runtuh'
Pasukan pegawai kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu melakukan persiapan untuk membuat pengambilan sampel swab terhadap penduduk setempat di Gelanggang Boling Padang Kompleks Sukan Likas. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR:Tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat disebabkan ancaman pandemik COVID-19 ketika ini, tegas Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Bagaimanapun Presidennya, Profesor Datuk Dr. Subramaniam Muniandy berkata bantuan perubatan dan pertolongan amat diperlukan di Sabah ketika ini.
“Kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pula masih terkawal, namun pendekatan sedia ada perlu ditambah baik.
“Bantuan kewangan yang besar dan segera daripada Kerajaan Persekutuan amat diperlukan bagi mengawal COVID-19 di Sabah atau sistem penjagaan kesihatan di negeri itu akan runtuh,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Ahad.
Dr Subramaniam juga berkata, llaporan sebelum ini turut menyatakan frontliners mengalami keletihan melampau, keletihan dan kekurangan tenaga kerja. Lebih pekerja kesihatan diperlukan.
"Kami menggesa Kerajaan untuk mempertimbang pertolongan dari fasiliti kesihatan awam dari negeri-negeri lain dengan pengurangan kes COVID-19 berbanding yang berlaku di Sabah, baru-baru ini.
Malah katanya, jangkitan COVID-19 dalam komuniti dijangka terus meningkat di seluruh negara.
SEMUA ARTIKEL BERHUBUNG COVID-19 DI SINI
Tegasnya, tiba masanya untuk situasi ini diteliti menerusi sains, praktikal dan penyelesaian secara berkoordinasi, dan bukan menerusi ketidakstabilan politik yang akhirnya tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada negara.
Justeru, pihaknya menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menyegerakan bantuan kecemasan dalam menangani krisis di negeri itu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#krisis kesihatan
#situasi COVID di Sabah
#Sabah
#sistem kesihatan
#bantuan kecemasan
#MMA
#malaysia medical association
#Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy
#PKPB
#Selangor
#Kuala Lumpur
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan