awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: UiTM tangguh Istiadat Konvokesyen Mac ini

Bernama
Bernama
17/02/2022
01:10 MYT
COVID-19: UiTM tangguh Istiadat Konvokesyen Mac ini
Pihak UiTM juga berasa kesal dengan situasi di luar kawalan ini dan amat menghargai kefahaman, sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam hal ini.
SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) menangguhkan Istiadat Konvokesyen ke-93 universiti tersebut yang dijadualkan bermula pada 2 hingga 23 Mac depan.
UiTM dalam kenyataan memaklumkan penangguhan istiadat konvokesyen melibatkan 27,287 graduan UiTM Shah Alam; cawangan Sarawak dan Sabah itu diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil 5/2022, semalam (16 Feb).
Istiadat konvokesyen tersebut dijangka akan dilaksanakan pada Jun hingga Julai tahun ini.
"Penangguhan ini juga berdasarkan perkembangan terkini peningkatan penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. Ia juga berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan keprihatinan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), berikutan peningkatan penularan jangkitan COVID-19 secara mendadak di seluruh negara yang amat membimbangkan pihak universiti.
"Pihak pengurusan UiTM memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh para graduan dan ibu bapa. Pihak UiTM juga berasa kesal dengan situasi di luar kawalan ini dan amat menghargai kefahaman, sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam hal ini," menurut kenyataan itu.
Maklumat terkini mengenai penangguhan pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 boleh dirujuk di laman sesawang konvokesyen.uitm.edu.my atau menghubungi Aminah Aman: wa.me/+60355443110 atau Rozani Mohd Noh: wa.me/+60355443114.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UiTM
#tangguh konvokesyen
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan