KUALA LUMPUR: Dijangkiti virus pembunuh COVID-19 dengan pelbagai varian baharu yang lebih ganas ketika ini, pastinya menjadi pengalaman ngeri khususnya mereka yang dikategorikan golongan berisiko termasuk yang menghidap asma.
Namun bagi seorang petugas kesihatan, Nurul Ezuahani Samad Fatimi, 32, beliau bernasib baik kerana mempunyai 'perisai' setelah selesai menerima dua dos vaksin pada akhir Mac lalu, membolehkan antibodi di dalam badannya itu melawan virus itu sekali gus mengelakkannya mengalami jangkitan lebih teruk.
Bagi juru x-ray di sebuah hospital di ibu negara itu, pelbagai perasaan bercampur baur sebaik disahkan positif penyakit itu pada 7 Julai lalu, lebih-lebih lagi kerana beliau merupakan seorang pesakit asma selain turut menghadapi masalah obesiti.
"Ketika itu saya hanya membayangkan nasib suami (Wan Mohd Sabri, 57) dan dua anak (Wan Sabriena 23 tahun dan Wan Mohd Shafiq Shah, 21 tahun) kerana risau mereka akan turut dijangkiti, namun alhamdulillah hasil suntikan vaksin yang diambil, saya disahkan menghidap COVID-19 kategori dua.
"Saya mengalami simptom ringan seperti gatal tekak dan hidung tersumbat. Saya tidak boleh bayangkan kalau terkena jangkitan sebelum mengambil vaksin dalam keadaan variannya lebih ganas dan berbahaya ketika ini, pasti saya tidak boleh 'survive'," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurutnya lebih melegakan, virus tersebut juga tidak menjangkiti suami dan dua anaknya yang tinggal serumah.
Sepanjang menjalani kuarantin di sebuah hotel, Nurul Ezuahani tidak mengambil ubat-ubatan sebaliknya hanya mengamalkan pemakanan sihat serta pengambilan vitamin C.
"Mengikut pengalaman, vaksin ini juga sedikit sebanyak mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain yang keluarga dan rakan terdekat tidak dijangkiti walaupun kalau ikutkan hasil saringan saya sudah agak lama dijangkiti sebelum sedar telah menghidap virus ini," katanya.
Berkongsi pengalaman serupa, Muhammad Khuzaimi Ishak, 30, dari Kuala Lumpur, juga hanya yang mengalami simptom sakit tekak, hidung tersumbat serta hilang deria bau selepas disahkan positif penyakit itu pada awal Julai ini.
"Nilai CT (Cycle Threshold value ataupun nilai kitaran ambang) yang dikesan ketika saringan adalah rendah iaitu 15 yang dikategorikan sebagai bahaya serta menunjukkan virus sedang aktif dalam badan," katanya.
Menurutnya walaupun pengambilan vaksin bukan jaminan untuk tidak terkena jangkitan namun ia menjadi ikhtiar dalam melindungi kesihatan selain berasa lebih terjamin.
"Sepanjang 10 hari kuarantin, setiap hari saya berfikir bagaimanalah agaknya nasib jika terkena jangkitan sebelum divaksin, adakah akan lebih teruk daripada yang dialami sekarang.
"BMI saya juga tidak ideal dan mungkin saya akan sesak nafas ke, sakit dada, masuk hospital, itu saya tak tahulah," katanya yang juga bekas pesakit kategori dua.
Beliau yang bertugas sebagai juru-x ray di sebuah hospital kerajaan di ibu negara, berpendapat pengambilan vaksin memberi keyakinan dan motivasi kepada dirinya untuk tidak berfikiran negatif sepanjang melawan virus tersebut.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata individu lengkap vaksinasi boleh dijangkiti COVID-19, namun kemungkinan untuk menjangkiti individu lain adalah rendah, selain akan mengalami simptom yang tidak teruk berbanding mereka yang tidak divaksinasi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 25 2021
Walaupun pengambilan vaksin bukan jaminan untuk tidak terkena jangkitan namun ia menjadi ikhtiar dalam melindungi kesihatan. -Gambar fail
Mahkamah tolak permohonan 186 pekebun durian Musang King
Mahkamah Tinggi menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah dibawa ke lokasi pengebumian
Lapan jenazah anggota TLDM selesai disolatkan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja kira-kira jam 5.40 petang pada Rabu.
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.