awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Wanita warganegara Malaysia antara lima kes baru di Singapura

Bernama
Bernama
28/12/2020
03:10 MYT
COVID-19: Wanita warganegara Malaysia antara lima kes baru di Singapura
Sehingga tengah hari Ahad, jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di Singapura adalah sebanyak 58,524. - Gambar fail
SINGAPURA:Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan salah seorang daripada lima kes import COVID-19 di negara itu yang diumumkan pada Ahad, merupakan seorang warganegara Malaysia yang sedang menjalani Notis Tinggal di Rumah (SHN) di sebuah hotel di sini.
Menurut MOH, wanita itu dipindahkan ke sebuah fasiliti lain pada 20 Dis apabila kementerian itu melakukan siasatan terhadap 13 kes yang dilaporkan terdahulu, yang telah menjalani SHN di hotel yang sama pada 22 Okt dan 11 Nov.
Dalam data penuh dikeluarkan MOH lewat malam tadi, pemegang pas kerja yang dilabelkan sebagai kes 58,762 itu, telah menjalani ujian swab pada 19 dan 21 Dis dan keputusan COVID-19 beliau, adalah negatif.
"Keputusan ujian swab pada 24 Dis pada hujung SHN didapati positif dan beliau telah dirujuk ke hospital keesokkan harinya. Ujian pengesahan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (NPHL) juga positif," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun kementerian itu menyatakan, sampel kedua yang diambil pada 26 Dis didapati negatif, dan ujian serelogikal juga negatif.
MOH menjelaskan yang siasatan dilakukan bagi memantau beliau yang tidak menunjukkan gejala itu, sama ada kes tersebut berkaitan dengan 13 kes import sebelum ini.
Kementerian itu pada 19 Dis menyatakan 13 kes import tersebut, didapati mempunyai kesamaan genetik yang tinggi, walaupun kes-kes terbabit tiba daripada negara berbeza termasuk Bahrain, Kanada, Indonesia, Myanmar, Belanda, Filipina, Korea Selatan, UAE, UK dan US.
Sehingga tengah hari Ahad, negara itu melaporkan sejumlah lima kes baru, dengan tiada kes melibatkan komuniti ataupun mereka yang tinggal di asrama pekerja, menjadikan jumlah keseluruhan kepada jangkitan di republik itu kepada 58,524.
MOH sehingga kini mengklasifikasikan 1,742 kes sebagai kes import, 2,276 kes komuniti dan 54,506 melibatkan pekerja asing tinggal di asrama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#siasatan
#pekerja asing
#Malaysia
#Kementerian Kesihatan
#asrama
#jangkitan
#kes positif
#Notis Tinggal di Rumah
#SHN
#hotel
#ujian swab
#gejala
#sampel
#kesamaan genetik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan