awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

C.Sivarraajh dan M.Mohana dipilih Ketua Pemuda dan Wanita MIC

Aizat Sharif
Aizat Sharif
16/11/2013
13:24 MYT
C.Sivarraajh dan M.Mohana dipilih Ketua Pemuda dan Wanita MIC
C.Sivarraajh telah dipilih sebagai Ketua Pemuda MIC yang baru menggantikan Datuk T. Mohan yang tidak mempertahankan jawatan tersebut.
Beliau yang juga Setiausaha Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan menewaskan pencabar beliau, Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan dengan memperoleh undi sebanyak 278 undi berbanding lawan beliau yang hanya mendapat 234.
Jawatan Timbalan Ketua Pemuda MIC pula berjaya dimenangi oleh Ahli Majlis Tertinggi Pemuda MIC, R.Thinalan yang menewaskan pencabar beliau, K. Shashi dengan jumlah undi sebanyak 321 berbanding 188 yang diperoleh oleh pencabar beliau.
Sementara dalam pemilihan pucuk pimpinan Pergerakan Wanita MIC pula, Ketua Biro Kebajikan dan Sosial Wanita MIC, M. Mohana dipilih menjadi Ketua Wanita MIC yang baru menggantikan Datin Komala Devi yang turut tidak mempertahankan jawatannya itu.
Beliau dipilih setelah menewaskan pencabar beliau, Setiausaha Pergerakan Wanita MIC, M. Vickneswari Babuji dan bagi jawatan Timbalan Ketua Wanita MIC pula, ianya telah dimenangi oleh T. Premah yang menewaskan pencabar beliau iaitu Ketua Wanita MIC Pagoh, K. Nirmala dengan undi sebanyak 354 berbanding Nirmala yang hanya memperoleh undi sebanyak 159 undi sahaja.
Topic Berkaitan
#C.Sivarraajh
#ketua pemuda
#MIC
#Palanivel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan