awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca baik, mangsa banjir Hilir Perak terus berkurangan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
25/12/2021
00:44 MYT
Cuaca baik, mangsa banjir Hilir Perak terus berkurangan
Orang Besar Jajahan Hilir Perak Datuk Meor Redwan Mahayudin (kanan) beramah mesra bersama mangsa banjir ketika mengadakan lawatan di PPS SMK Abdul Rahman Talib Changkat Jong. - Foto BERNAMA
TELUK INTAN: Ekoran cuaca baik sejak beberapa hari kebelakangan ini, bilangan mangsa banjir di Daerah Hilir Perak yang masih tinggal di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah itu semakin berkurangan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, setakat jam 7 pagi Sabtu, bilangan mangsa berkurangan kepada 100 orang daripada 26 keluarga, berbanding 153 orang dari 45 keluarga, semalam.
Katanya, mangsa di PPS Dewan Bandaran Teluk Intan turun kepada 61 orang dari 17 keluarga berbanding 105 orang daripada 35 keluarga semalam.
Menurut jurucakap itu lagi, bilangan mangsa di PPS Sekolah Datuk Abdul Rahman Talib pula turun kepada 39 orang dari sembilan keluarga, berbanding 48 orang dari 10 keluarga semalam.
Kedua-dua PPS itu dibuka mulai Ahad lalu bagi menempatkan mangsa banjir di sekitar Changkat Jong, ekoran hujan lebat berterusan selama 48 jam.
Kawasan-kawasan yang masih terjejas ialah Batu 9 Changkat Jong, Batu 10 Jalan Bidor, Batu 15 Kg Ayer Hitam, Batu 6 Kampung Glouster, Kg Selat Manggis Sungai Kerawai, Batu 7 Jalan Changkat Jong, Batu 7 1/2 Lorong Mesra dan Kg Baru Batu 8.
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#PPS
#Hilir Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan