awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
Empat warga Sepanyol hilang selepas bot karam di perairan Indonesia
Perniagaan Jepun terjejas akibat pengurangan pelancong China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca diramal hujan semasa sambutan Thaipusam Ahad ini - MetMalaysia

Bernama
Bernama
03/02/2023
09:53 MYT
Cuaca diramal hujan semasa sambutan Thaipusam Ahad ini - MetMalaysia
Cuaca di seluruh negara diramalkan hujan dengan satu dua tempat mengalami ribut petir, semasa sambutan Thaipusam pada Ahad ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Cuaca di seluruh negara diramalkan hujan dengan satu dua tempat mengalami ribut petir, semasa sambutan Thaipusam pada Ahad ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keadaan cuaca hujan pada pagi 5 Feb dijangka berlaku di satu dua tempat seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang, timur Johor dan Sabah meliputi Kudat dan Sandakan.
Pada sebelah petang, hujan atau ribut dijangka berlaku di beberapa tempat seperti Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak, manakala hujan atau ribut petir diramalkan berlaku satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah.
Dalam kenyataan sama, MetMalaysia turut meramalkan hujan di satu dua tempat pada sebelah malam merangkumi Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Sarawak (Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Miri dan Limbang) dan Sabah (Pantai Barat dan Pendalaman) serta Wilayah Persekutuan Labuan.
Dalam pada itu, MetMalaysia menerusi kenyataan berbeza memaklumkan hasil analisis model-model cuaca mendapati penumpuan angin dijangka berlaku di timur Semenanjung dan Sarawak sekali gus berpotensi menghasilkan hujan berterusan sehingga 8 Feb.
"Ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di timur Semenanjung pada sebelah pagi. Manakala cuaca yang sama dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung serta barat Sabah pada sebelah petang dan malam bagi tempoh sama," menurut kenyataan itu.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada, yang melibatkan negeri Sarawak berkuat kuasa sehingga esok.
"Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca, bagi maklumat yang terkini dan sahih," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca hujan
#Thaipusam
#MetMalaysia
#Jabatan Meteorologi Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan