awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Ringgit kukuh, perubahan FED boleh dorong kemasukan modal ke Malaysia
MALAYSIA
MyGOV Malaysia, transformasi digital urusan perkhidmatan awam
DUNIA
13 anggota tentera Pakistan terbunuh dalam serangan pengebom bunuh diri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Cuaca, kenderaan berat punca utama jalan rosak - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
28/06/2025
20:30 MYT
Sponsor Banner
Cuaca, kenderaan berat punca utama jalan rosak - Ahmad Maslan
Ahmad (dua, kanan) meninjau kemajuan tapak Projek Pembinaan Bangunan Kompleks Fakulti Keusahawanan di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok pada Jumaat. - Gambar Bernama
BACHOK: Cuaca dan kenderaan berat yang membawa muatan berlebihan dikenal pasti sebagai faktor utama menyumbang kepada kerosakan jalan raya di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Kerja Raya D,atuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata, perkara itu menyebabkan Kementerian Kerja Raya (KKR) memerlukan peruntukan RM4 bilion bagi membaik pulih dan menaik taraf jalan yang rosak di seluruh negara.
Bagaimanapun, beliau berkata, kerana kerajaan mempunyai kekangan tertentu KKR hanya menerima kira-kira RM2 bilion setakat ini.
"Oleh itu, kementerian sentiasa berharap akan mendapat peruntukan yang lebih setiap tahun bagi membaik pulih jalan yang rosak kerana ada jalan yang telah 'berusia' dan permukaannya perlu diturap semula.
"KKR telah kenal pasti dua faktor yang menyumbang kepada jalan rosak iaitu cuaca terutamanya hujan dan kenderaan berat yang membawa lebih muatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bachok, di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya sebelum ini ada mencadangkan supaya sebarang kutipan yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, termasuk cukai jalan dan saman had laju diserahkan kepada KKR untuk digunakan bagi tujuan membaik pulih jalan rosak.
Beliau berkata, perkara berkenaan telah dibangkitkan tetapi masih tiada maklum balas.
"Oleh itu, jika ada cadangan daripada mana-mana pihak untuk menaikkan cukai terhadap kenderaan yang membawa muatan berat, cadangan itu harus diserahkan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan," katanya.
Sebelum ini, Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia, Law Teik Hua dilaporkan berkata, kenaikan cukai itu boleh membantu KKR mengimbangi beban kos baik pulih jalan raya yang dianggarkan mencecah RM4 bilion setahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca buruk
#kenderaan berat
#kos baik pulih
#faktor utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami