Cuaca panas dan berangin mencetuskan kebakaran di belukar berhampiran tadika dan kawasan perumahan di Blok Birch, Bandar Tasik Puteri, Rawang malam tadi.
Kebakaran bermula kira-kira jam 7 petang ketika penduduk baru pulang dari kerja dan sedang berehat di rumah.
Api yang marak dengan cepat melingkari hampir setengah ekar kawasan tersebut, sekali gus mencetuskan kebimbangan penduduk.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Batu Arang dan pasukan Bomba Sukarela Bandar Tasik Puteri (BTP) dikejarkan ke tempat kejadian.
Ahli Majlis Zon 18 Majlis Majlis Perbandaran Selayang (MPS), JC Jess Choy Pooi Yee ketika ditemui berkata, beliau mendapat panggilan dari pasukan bomba sukarela BTP pada jam 8.50 malam, sebelum bergegas ke tempat kejadian.
“Berlaku kebakaran serius di hutan atas bukit, jadi ini biasa berlaku kebakaran macam ni adalah di sebabkan kebakaran akibat pembakaran haram atau yang punca rokok
“Jadi saya menasihatkan kepada semua orang awam jangan buat pembakaran haram dan saya ingin berterima kasih pada Bomba Batu Arang bertindak dengan pantas dan juga team sukarelawan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Katanya, tindakan pantas dan menyediakan trek halangan berjaya menyekat api dan memadamkan api sepenuhnya 30 minit kemudian.
“Bila sampai di lokasi kita mendapati kebakaran melibatkan hutan yang berbukit dan juga kelapa sawit dan anggota bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran hos 3 kaki,” tambahnya.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuang puntung rokok merata rata khususnya di kawasan rumput kering.
Astro Awani
Thu Jun 20 2019

Api yang marak dengan cepat melingkari hampir setengah ekar kawasan tersebut, sekali gus mencetuskan kebimbangan penduduk.
AWANI Pagi: World OSH Day: Revolusi keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui AI dan pendigitalan
Sempena sambutan World OSH Day, AWANI Pagi membawakan diskusi mengenai revolusi dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, menerusi adaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan. Perbincangan bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan dari Safety Management Academy, akan mengupas bagaimana inovasi ini mengubah pendekatan pengurusan risiko di tempat kerja dan meningkatkan kesejahteraan pekerja secara keseluruhan.

Strategi Malaysia mengatasi kesan tarif AS terhadap ekonomi
Kerajaan perlu mengambil langkah segera untuk mengurangkan kesan ini dan memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara.

Kilang proses ayam di Kulim diarah tutup
Tindakan itu diambil selepas pemeriksaan mendapati, premis berkenaan mengalirkan air sisa buangan tanpa rawatan.

Presiden Maldives diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra.
AWANI Ringkas: Tarif Trump: Sidang khas 5 Mei ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia bakal menjadi tempat lambakan kereta EV China?
Kemasukan kereta EV dari China seperti BYD, Chery, Xpeng, dan GAC bukan sekadar memperkenalkan teknologi baru, tetapi turut mengubah struktur ekonomi Malaysia, pasaran saham, sektor perbankan dan rantaian pembekalan tempatan. Mohd Sedek Jantan dari UOB Kay Hian Wealth Advisors mengupas peluang, cabaran, dan masa depan Malaysia sebagai hab EV ASEAN.
Niaga hadapan MSM dijangka tinggi minggu ini, dalam julat RM4,050 hingga RM4,250 satu tan.
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka tinggi minggu ini, dipacu oleh diskaun harga berbanding minyak kacang soya. Peniaga David Ng menjangkakan harga MSM berada dalam julat RM4,050 hingga RM4,250 satu tan. Peniaga Jim Teh dari Interband Group of Companies menjangkakan pasaran yang lebih kukuh dengan harga antara RM3,800 hingga RM3,900 satu tan. Permintaan utama dijangka datang dari India, China, dan Timur Tengah. Stok MSM tempatan masih banyak dengan pengeluaran yang lebih baik pada April.

Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS
Ringgit dibuka dengan sedikit berubah berbanding dolar AS pada Isnin apabila DXY mengakhiri penurunan selama empat minggu berturut-turut.
#AWANIRingkas 28 April 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 April 2025
1️⃣ Tarif Trump: Sidang khas 5 Mei ini
2️⃣ Sidang BRICS di Rio de Janeiro
3️⃣ Prosiding mengenai Titah Adendum
#awaniringkas
1️⃣ Tarif Trump: Sidang khas 5 Mei ini
2️⃣ Sidang BRICS di Rio de Janeiro
3️⃣ Prosiding mengenai Titah Adendum
#awaniringkas
Energy Asia 2025
Delivering Asia’s Energy Transition

Punca kematian kanak-kanak masih belum dikenal pasti - Polis
Punca kematian kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun disyaki akibat didera di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang semalam, belum dikenal pasti.

Tiga remaja cedera parah kemalangan motosikal
Insiden yang berlaku kira-kira jam 11 malam itu turut disaksikan beberapa rakan mangsa yang menunggang secara kumpulan.

Penunggang motosikal maut digilis selepas rempuh lori simen
Suasana pilu di tempat kejadian apabila isteri dan anaknya berusia kurang setahun meratap di sisi mangsa.

Cuaca panas berangin cetus kebakaran belukar di Bandar Tasik Puteri
Cuaca panas dan berangin mencetuskan kebakaran di belukar berhampiran tadika dan kawasan perumahan di Blok Birch, Bandar Tasik Puteri, Rawang malam tadi.