KUALA LUMPUR: Cuaca panas melampau yang kini melanda beberapa negara bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malah menimbulkan risiko kepada haiwan termasuk mengalami strok haba.
Bekas Penolong Pengarah Zoo Negara yang juga Pensyarah Fakulti Farmasi Universiti Teknologi Mara, Puncak Alam, Prof Madya Datuk Dr Vellayan Subramaniam berkata seperti manusia, strok haba terhadap haiwan juga boleh meragut nyawa, selain menyebabkan kerosakan organ dalaman haiwan jika tidak mendapat rawatan segera.
“Semua haiwan yang tergolong dalam kumpulan mamalia, reptilia mahupun burung turut mengalami strok haba, misalnya anjing dan kucing yang mempunyai kelenjar yang sangat sedikit yang terletak di tapak kaki dan sekitar hidung untuk berpeluh, tidak seperti manusia boleh keluar peluh di setiap segi,” katanya kepada Bernama TV dalam temu bual khas secara dalam talian.
Pada masa yang sama, beliau berkata haiwan di zoo juga perlu dijaga rapi pada musim panas dengan membekalkan air yang secukupnya untuk membasahkan badan, walaupun kadangkala mungkin timbul masalah kerana bukan semua haiwan suka berendam di dalam air seperti lembu, kerbau dan gajah.
Dr Vellayan yang juga bekas Ketua Veterinar di Zoo Negara menjelaskan bagi haiwan yang tidak gemar badannya dibasahkan dengan air, haiwan seperti ini perlu diberikan air minuman yang secukupnya, selain ditempatkan di kawasan yang mempunyai tahap pengudaraan baik.
“Bagi haiwan yang sentiasa berada dalam air atau berendam seperti penguin dan memerang pula, kolam air disarankan ditambah dengan ketulan air batu bagi memastikan ia sejuk kerana air yang tidak mengalir juga boleh meningkat suhunya sekiranya cuaca panas terik,” katanya.
Selain itu, Dr Vellayan turut mengingatkan pemilik haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing supaya sentiasa peka terhadap keadaan kesihatan haiwan mereka bagi menghindari risiko strok haba.
“Antara simptomnya (strok haba) seperti degupan jantung pantas, kesukaran bergerak, terpinga-pinga dan tidak menentu, menghasilkan banyak air liur serta lidah dan gusi biru kerana kekurangan oksigen dalam darah.
“Selain itu, suhu badan haiwan ini juga akan melebihi 42 darjah (Celsius), kurang keseimbangan atau kestabilan apabila bangun dengan empat kaki dan jika ini berlaku, pemiliknya perlu stabilkan suhu badan haiwan itu dan bawa kepada doktor haiwan dengan segera kerana jika diabaikan, ia boleh mendatangkan kematian,'’ katanya.
Menurut Dr Vellayan pemilik haiwan peliharaan juga boleh meredakan simptom strok haba dan dehidrasi dengan membasahkan badan haiwan peliharaan mereka dengan meletakkan tuala yang basah pada kepala dan dahi selain memberikan air untuk diminum serta membasahkan lidah haiwan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 01 2023
Pemilik haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing diingatkan supaya sentiasa peka terhadap keadaan kesihatan haiwan mereka bagi menghindari risiko strok haba. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.
Ulang tahun TLDM dirai nada berbeza, jangan lupa mereka yang tiada
Warga TLDM diharapkan terus cekal, tabah demi rakyat dan tanah air, walaupun berhadapan pelbagai rintangan dan cabaran.
Lelaki warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dipercayai ditikam dan dipukul pada bahagian kepala.
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Piala Thomas: Jangan pandang mudah Malaysia - Antonsen
Walaupun Malaysia membariskan skuad perseorangan kurang 'menyengat', Anders Antonsen masih menjangkakan saingan sengit.
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Cuaca panas: KPM nasihat murid, pelajar sekolah minum air secukupnya
Kementerian Pendidikan menasihatkan semua murid dan pelajar sekolah sama ada di bandar mahupun luar bandar supaya minum air secukupnya serta memakai pakaian seragam sekolah yang bersesuai susulan kead
Penduduk perlu peka cuaca semasa sebelum lakukan aktiviti luar - Pengarah Kesihatan Pahang
Orang ramai dinasihat tidak melakukan aktiviti luar sekiranya cuaca terlalu panas, selain pastikan pengambilan air yang mencukupi.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
Cuaca panas: JBS Kelantan tiada masalah anjur Program Larian Lebaran
Kedua-dua acara dimulakan seawal 7.30 pagi dan dijangka berakhir dalam tempoh sejam bertempat di AEON Mall Lembah Sireh.
Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina
Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).
Cuaca panas: KKM rekod 45 kes penyakit berkaitan haba setakat semalam
Sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan di seluruh negara setakat semalam melibatkan 33 kes kelesuan haba, 11 kes strok haba dan satu kes kejang haba.
Cuaca panas: Bomba rekod lebih 200 kes kebakaran terbuka di Kelantan
Bomba Kelantan merekodkan 232 kes kebakaran terbuka dalam tempoh lapan hari sejak 4 April lepas berikutan cuaca panas atau pembakaran terbuka.
Jabatan Pendidikan Terengganu ingatkan sekolah patuhi arahan KPM
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu mengingatkan semua sekolah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti luar bilik darjah pada musim panas.