Skip to main content

Dunia

Pesawat pengisian bahan api KC-135R AS mendarat di Israel selepas isyarat kecemasan

FILE PHOTO: A U.S. Airforce Boeing KC-135 Stratotanker taxies at the Moron Air Base in Moron de la Frontera, southern Spain, August 27, 2021. REUTERS/Marcelo del Pozo/File Photo/File Photo
Boeing KC-135R Stratotanker milik Amerika Syarikat (AS), dikesan mengeluarkan isyarat kecemasan di ruang udara Laut Mediterranean. - Gambar/ Reuters

MOSCOW: Sebuah pesawat pengisian bahan api udara Boeing KC-135R Stratotanker milik Amerika Syarikat (AS), yang mengeluarkan isyarat kecemasan di ruang udara Laut Mediterranean mendarat di Lapangan Terbang Tel Aviv, menurut data FlightRadar24 pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pesawat itu berlegar di ruang udara laut berkenaan kira-kira sejam sebelum cuba melakukan pendaratan. 

Advertisement

Isyarat itu hilang di kawasan berhampiran lapangan terbang berkenaan, iaitu lapangan terbang tempat pesawat itu berlepas.

AS telah mengerahkan sejumlah besar pesawat berkenaan di rantau itu, yang terlibat dalam operasi terhadap Iran. 

Sebuah pesawat pengisian bahan api udara dilaporkan hilang pada Mac selepas berlanggar dengan sebuah lagi pesawat pengisian bahan api udara, mengorbankan kesemua kru. 

Pesawat kedua mengalami kerosakan tetapi berjaya mendarat.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Must Watch Video