awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Serangan AS ke atas tapak nuklear Iran tidak lepaskan radiasi - Badan pemantau
MALAYSIA
Malaysia seru kerjasama ASEAN-OIC tangani krisis Myanmar
MALAYSIA
Tindakan kenteraan unilateral boleh heret Asia Barat ke arah konflik besar - Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Cuaca panas: Kerajaan Johor beri kelonggaran pakaian sekolah agama

Bernama
Bernama
22/06/2025
09:50 MYT
Cuaca panas: Kerajaan Johor beri kelonggaran pakaian sekolah agama
Langkah itu bagi memastikan pelajar selesa mengikuti sesi pembelajaran dengan PPID diberi kuasa menentukan pakaian bersesuaian. - Bernama
BATU PAHAT: Kerajaan Johor memberi kelonggaran kepada pelajar sekolah agama negeri untuk memakai pakaian bersesuaian berikutan cuaca panas ketika ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid.
Beliau berkata langkah itu bagi memastikan pelajar selesa mengikuti sesi pembelajaran dengan Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) diberi kuasa menentukan pakaian yang bersesuaian.
"Pemakaian ke sekolah dipermudahkan dengan pakaian yang longgar, sebab di Johor ini memang kena pakai baju Melayu, jadi kadang-kadang pakaian perlulah sesuai dengan cuaca," katanya selepas menutup Karnival Mahabbah Komuniti MADANI Peringkat Negeri di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini hari ini.
Beliau berkata kelonggaran berkenaan pernah dilaksanakan sebelum ini dan ia tidak seharusnya menjadi isu sekiranya dibenarkan apabila keadaan memerlukan.
Mengenai Karnival Mahabbah Komuniti MADANI, Mohd Fared berkata program itu merupakan kerjasama strategik pelbagai pihak dalam mendekati masyarakat, khususnya golongan muda bagi memberi kefahaman terhadap isu sosial dan agama yang semakin mencabar.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata program itu selari dengan Pelan Transformasi Al-Falah.
Beliau berkata pelan itu dalam usaha membendung masalah sosial secara menyeluruh, serta memastikan agenda "Islam Mekar di Bumi Malaysia" terus dipertahankan.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#sekolah agama
#pakaian selesa
#Kerajaan Johor
#PPID
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami