awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Jenjarom
Lelaki Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Bandar Penawar
Keadaan banjir di tiga negeri tidak banyak berubah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas sehingga pertengahan April - MetMalaysia

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
25/02/2019
10:12 MYT
Cuaca panas sehingga pertengahan April - MetMalaysia
MetMalaysia menjangkakan suhu di beberapa kawasan di negara ini akan terus meningkat pada bulan Mac nanti. -Gambar hiasan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan suhu di beberapa kawasan di negara ini akan terus meningkat pada bulan Mac nanti.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia, Jailan Simon berkata ini kerana di antara Februari hingga pertengahan April merupakan penghujung monsun timur laut yang menyebabkan kadar hujan yang rendah.
Bagaimanapun, beliau tidak menjangkakan akan berlaku suhu ekstrem seperti kejadian El Nino pada 2016.
"Terdapat beberapa kawasan yang berada pada tahap kuning, dan ini adalah perkara biasa.
"Kita jangkakan pada bulan Mac nanti akan ada satu atau dua kawasan yang mungkin boleh mencapai tahap sederhana (jingga).
"Namun, kita tidak menjangkakan akan sampai ke suhu ekstrem seperti 2016 kesan daripada fenomena El Nino," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Katanya, fenomena ini akan berlarutan sehingga pertengahan April apabila hujan akan mulai turun pada peralihan monsun barat daya.
Hari ini beberapa kawasan berada pada tahap berjaga-jaga apabila merekodkan suhu di antara 35 dan 37 darjah Celcius.
MetMalaysia bagaimanapun tidak menjangkakan suhu akan terus meningkat melebihi 37 darjah Celcius.
Dalam pada itu MetMalaysia akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa dan membuat kemas kini berkala di laman web rasminya.
Topic Berkaitan
#cuaca
#cuaca panas
#El Nino
#MetMalaysia
#suhu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan