SHAH ALAM: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas gelombang haba tahap dua di Perlis dan Pokok Sena, Kedah dengan ramalan suhu boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius.

Berdasarkan laman sesawang tersebut, 27 kawasan lain direkodkan di tahap satu atau tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian sehingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Kawasan tersebut melibatkan Kota Belud di Sabah; Kedah (Pulau Langkawi, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kuala Muda, Sik dan Baling); Perak (Kampar, Kuala Kangsar dan Kinta) dan Timur Laut di Pulau Pinang.

Selain itu, Johor (Muar, Segamat dan Batu Pahat); Selangor (Kuala Selangor dan Sepang); Pahang (Raub, Bentong dan Temerloh); Negeri Sembilan (Seremban, Tampin, Rembau dan Jelebu); Alor Gajah, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga berada di tahap berjaga-jaga yang direkodkan setakat jam 4.30 petang Selasa.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia. - Sinar Harian