awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Sungai Golok makin cetek, polis perketat kawalan sempadan Malaysia-Thailand

Sinar Harian
Sinar Harian
10/05/2023
04:00 MYT
Cuaca panas: Sungai Golok makin cetek, polis perketat kawalan sempadan Malaysia-Thailand
Pengusaha bot tambang di Sungai Golok perlu berhati-hati berikutan paras sungai yang cetek. - Gambar fail/ Bernama
PASIR PUTEH: Polis Kelantan terus memperketatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini susulan air Sungai Golok yang mulai kering akibat kemarau dalam usaha membanteras penyeludupan.
Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kawalan itu diperketatkan menerusi rondaan secara berkala oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) yang diberi tanggungjawab mengawal keselamatan sempadan.
"Trend penyeludupan masih lagi ada, cuma selepas kita melakukan tangkap secara besar-besaran ia nampak sedikit berkurangan.
"Jadi apa-apa pun, kita (polis) tidak akan terleka dan terus memperketatkan lagi kawalan keselamatan di sempadan," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di sini pada Selasa malam.
Menurut beliau, pada masa sama Polis Kelantan turut menjalinkan kerjasama dengan Polis Thailand dalam membendung aktiviti penyeludupan.
Ujarnya, kerjasama itu turut melalui pertukaran maklumat berkait dengan jenayah sempadan bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia-Thailand berada pada tahap terbaik. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#Sungai Golok
#kawalan keselamatan
#Polis Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan