awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring Wall Street, tiada pemangkin baharu
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuba masuk Kelantan gagal, pasangan kekasih tidak lengkap vaksinasi dikompaun

Bernama
Bernama
15/10/2021
20:40 MYT
Cuba masuk Kelantan gagal, pasangan kekasih tidak lengkap vaksinasi dikompaun
Pasangan kekasih itu dipercayai datang dari Perak dan menuju ke Pasir Mas dengan alasan pulang ke kampung untuk berkahwin. -Gambar hiasan
TUMPAT: Sepasang kekasih yang cuba memasuki Kelantan dikompaun RM2,000 dan diarahkan berpatah balik kerana didapati tidak lengkap suntikan vaksin COVID-19.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata kedua-duanya yang berusia 39 dan 44 tahun itu diarahkan berpatah balik semasa pemeriksaan polis di sekatan jalan raya dekat Jeli, kira-kira 12 tengah hari Jumaat.
Beliau berkata pasangan kekasih itu dipercayai datang dari Perak dan menuju ke Pasir Mas dengan alasan pulang ke kampung untuk berkahwin.
"Dalam pada itu, polis turut mengeluarkan kompaun ke atas 10 individu hari ini atas kesalahan menjalankan aktiviti pendakian tanpa suntikan lengkap vaksin COVID-19 dekat Bukit Panau, Tanah Merah.
"Kompaun dikeluarkan semasa polis menjalankan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di lokasi tersebut," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan Op Pematuhan SOP COVID-19 Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara di Pantai Geting, di sini, pada Jumaat.
Mengenai operasi pematuhan berkenaan, Shafien berkata pihaknya menggunakan teknologi dron terutama di kawasan peranginan bagi meningkatkan pemantauan serta memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pengunjung sekiranya berlaku pelanggaran SOP.
Sementara itu, beliau berkata berlaku kenaikan kemasukan antara 10 hingga 15 peratus kenderaan di pintu sempadan negeri ini terutama dari negeri utara namun keadaan masih terkawal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rentas negeri
#Kelantan
#pasangan kekasih
#diarah patah balik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan