awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siri cip pemprosesan Intel Arrow Lake Refresh dijangka tiba Mac atau April ini
Ali Shaath mulakan tugas Ketua Jawatankuasa Pentadbiran Gaza, tandatangani pernyataan misi
Satu mayat ditemukan dalam pencarian pesawat IAT ATR 42-500
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuba sogok SPRM, 19 peneroka haram kebun sayur di Cameron Highlands ditahan

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2015
15:02 MYT
Cuba sogok SPRM, 19 peneroka haram kebun sayur di Cameron Highlands ditahan
Sumber turut melaporkan, hasil risikan dan pemantauan SPRM mendapati aktiviti penerokaan kebun haram masih lagi berlaku di kawasan tersebut. - Gambar Fail
Sembilan belas pengusaha kebun sayur dari Cameron Highlands, Pahang ditangkap pegawai dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Selasa.
Memetik sumber Astro Awani, kesemua yang ditangkap di sekitar Cameron Highlands itu turut disyaki cuba menyogok anggota penguatkuasa.
Nilai wang rasuah terbabit berjumlah RM163,577.
“Hasil risikan mendapati terdapat beberapa pengusaha kebun yang masih cuba menyogok pihak penguatkuasa bagi melindungi aktiviti haram mereka.
“Ops Sejuk yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu bermula sejak Disember 2014 hingga Jun 2015 bagi mengesahkan risikan serta maklumat yang diterima,” memetik kenyataan sumber.
Sumber turut melaporkan, hasil risikan dan pemantauan SPRM mendapati aktiviti penerokaan kebun haram masih lagi berlaku di kawasan tersebut.
Kesemua yang ditahan berusia di antara 20 hingga 68 tahun dibawa ke Pejabat SPRM Negeri Perak bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 17 (B) Akta Suruhanjaya Rasuah Malaysia 2009.
Sumber menegaskan proses tangkapan akan terus dijalankan bagi melengkapkan siasatan SPRM.
Selepas kejadian banjir lumpur yang berlaku di kawasan Cameron Highlands pada akhir 2014, beberapa siri penguatkuasaan telah dijalankan secara bersepadu melibatkan MKN, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) serta Jabatan Imigresen Malaysia.
Terbaru, sumber Astro AWANI mengesahkan 17 orang yand ditahan telah dilepaskan dengan wang jaminan sebanyak RMM5,000 dan seorang penjamin bagi setiap orang.
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#Majlis Keselamatan Negara
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan