awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan promosi perjuangan komunis, KDN keluar perintah larangan terhadap album gambar

Kenyataan Media
Kenyataan Media
07/12/2018
09:29 MYT
Cubaan promosi perjuangan komunis, KDN keluar perintah larangan terhadap album gambar
Penerbitan bertajuk 'Album Gambar Sejarah Parti Komunis Malaya (I)' didapati cuba mempromosi perjuangan komunis.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengeluarkan arahan larangan penerbitan “Album Gambar Sejarah Parti Komunis Malaya (I)” kerana cuba mempromosi dan menyebarkan fakta yang salah mengenai perjuangan komunis.
Pada masa sama, ia turut mengandungi unsur membangkitkan sokongan terhadap perjuangan komunis yang dikatakan telah berjuang bermati-matian di dalam menuntut kemerdekaan.
"KDN telah mewartakan Perintah Larangan terhadap satu (1) penerbitan melalui satu (1) Warta Kerajaan iaitu P.U.(A) 302 bertarikh 26 November 2018.
Warta Perintah Larangan ini adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301). Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia," tegas Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, mana-mana individu yang melanggar perintah larangan berkenaan akan dikenakan tindakan tegas.
"Mana-mana orang yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 8(2) Akta 301 tersebut," kata kenyataan itu.
Mana-mana pihak yang ingin membuat aduan berhubung perkara boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan, KDN di talian telefon 03 - 88868047 atau faks 03 - 88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang ttp://moha.spab.gov.my.

Topic Berkaitan
#Kementerian Dalam Negeri
#kerajaan
#komunis
#larangan warta
#Malaysia
#undang-undang
#Warta Kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan