awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan rompakan mesin ATM guna bom buatan sendiri gagal

Astro Awani
Astro Awani
29/07/2014
09:43 MYT
Cubaan rompakan mesin ATM guna bom buatan sendiri gagal
Premis bank musnah 80 peratus akibat letupan bom buatan sendiri.
Cubaan merompak mesin juruwang automatik (ATM) dengan meletupkan mesin terbabit menggunakan bom buatan sendiri gagal apabila taktik tersebut berjaya mengaktifkan sistem penggera keselamatan premis.
Kejadian berlaku jam 5 pagi tadi di Public Bank cawangan Bukit Beruntung, Rawang.
Sejurus selepas polis yang menerima laporan penggera keselamatan diaktifkan itu segera ke lokasi kejadian.
Bagaimanapun premis yang menempatkan tiga ATM, dua mesin deposit tunai (CDM), dua mesin deposit cek dan dua mesin pusingan semula tunai mengalami kerosakan teruk akibat letupan itu.
Unit Pemusnah Bom turut bergegas ke tempat kejadian apabila polis menemui sebutir bom buatan sendiri di hadapan pintu premis yang belum diletupkan.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Rooslan Radzi, hasil maklumat awam, kejadian berlaku selepas beberapa suspek didapati cuba membuka pintu belakang premis.
Apabila cubaan mereka gagal, suspek bertindak meletupkan pintu depan premis menggunakan sebutir bom buatan sendiri yang diletakkan berhampiran mesin ATM terbabit mengakibatkan 80 peratus premis tersebut musnah akibat letupan itu.
Polis percaya kegiatan itu melibatkan lebih dari seorang suspek. Polis masih meneliti rakaman litar tertutup premis bagi mengenal pasti suspek.
Kes sedang disiasat mengikut Seksyen Kanun Keseksaan.
Pada 2006, sekumpulan perompak mengambil kesempatan cuti perayaan Hari Raya di cawangan Public Bank di Seri Kembangan dengan menebuk lubang untuk masuk dari lantai tingkat satu di bangunan empat tingkat itu.
Kumpulan berjaya menyamun 92 daripada 708 peti simpanan keselamatan yang terletak di bilik kebal bank melibatkan barangan bernilai lebih RM500,000.
Pihak polis berkata terdapat CCTV di bank itu namun tiada di tingkat dua dan bilik kebal bank tersebut.
Topic Berkaitan
#ATM
#Rawang
#rompakan bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan