awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan seludup dadah bernilai RM400,000 gagal

Bernama
Bernama
27/11/2012
06:25 MYT
Cubaan seludup dadah bernilai RM400,000 gagal
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 1.5 kilogram yang dianggarkan bernilai hampir RM400,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di Kota Kinabalu Isnin.
Suspek lelaki warga Pakistan berusia 35 tahun dan fasih berbahasa Melayu itu itu dipercayai baru tiba dari Brunei dalam keadaan mencurigakan ditahan di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang, KKIA pada 7.30 malam.
Pengarah Kastam Sabah Dr Janathan Kandok berkata pemeriksaan ke atas bagasi milik suspek mendapati satu beg plastik yang mengandungi dua bekas paket plastik jenama gula keluaran Indonesia bersama pakaian dan barang lain.
"Selepas pemeriksaan lanjut dibuat ke atas kedua-dua bekas paket plastik itu pegawai terbabit menjumpai serbuk kasar menyerupai seakan-akan gula yang disyaki dadah jenis methamphetamine (syabu)," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Kota Kinabalu, Selasa.
Kandok berkata suspek yang merupakan seorang peniaga runcit tekstil telah berkahwin dengan warga tempatan dan menetap di Papar, dipercayai sering berulang-alik ke luar negara termasuk Brunei dan Jakarta, Indonesia.
Topic Berkaitan
#Dadah
#Jabatan Kastam
#KKIA
#Kota Kinabalu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan