PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit II Selangor berjaya mematahkan cubaan menyeludup minuman keras bernilai lebih RM20 juta termasuk duti dan cukai di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Barat di sini dalam beberapa siri rampasan pada September dan November.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Malaysia, Datuk Abdul Wahabi Abdullah berkata, serbuan dibuat ke atas sembilan buah kontena di sekitar sini menerusi beberapa siri operasi pada 21 dan 27 September serta 8 November lalu.
Menurutnya, hasil rampasan minuman keras melibatkan arak, wain dan bir itu dianggarkan berjumlah 627, 510 liter.
Abdul Wabahi berkata, kes pertama yang berlaku pada 21 September lalu membabitkan serbuan yang dibuat oleh pasukan dari Bahagian Penguatkuasaan, JKDM Zon Tengah, Unit II (Selangor) ke atas sebuah gudang yang disyaki.
"Hasil pemeriksaan ke atas semua gudang berkenaan menemukan pelbagai jenis minuman keras dipercayai belum lulus kastam dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM18.5 juta membabitkan kuantiti rampasan dianggarkan sebanyak 494,373 liter termasuk jumlah duti dan cukai.
"Kes kedua pada 27 September lalu melibatkan serbuan ke sebuah gudang yang disyaki dan hasil semakan rekod pengimportan mendapati pihak syarikat mengikrar enam kontena bermuatan minuman keras membabitkan jumlah rampasan sebanyak RM2.11 juta termasuk duti serta cukai.
"Seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40-an turut ditahan dalam serbuan itu bagi membantu siasatan.
"Kes ketiga pada 8 November lalu pula melibatkan serbuan menahan tiga kontena apabila pihak pengimport menggunakan Borang Zon Bebas 1 (ZB1) dengan mengemukakan permit import yang tidak sepadan dengan kelulusan semasa pengikraran.
"Hasil pemeriksaan ke atas semua kontena berkenaan menemukan pelbagai jenis minuman keras dipercayai belum lulus kastam dengan nilai dagangan dianggarkan sebanyak RM1.6 juta termasuk duit dan cukai," katanya pada sidang media di Wisma Kastam Pulau Indah, di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Abdul Wahabi berkata, kesalahan bagi kes bertarikh 21 September dan 8 November sedang disiasat di bawah Akta Kastam 1967 iaitu cubaan mengelakkan dengan fraudan duti kastam dan mengelakkan larangan import di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.
Ujarnya, jika disabitkan kesalahan, mahkamah boleh mengenakan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar; atau dipenjarakan tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
"Bagi cubaan mengelakkan dengan fraudan duti eksais di bawah Seksyen 74(1)(e) Akta Eksais 1976, jika disabitkan kesalahan, mahkamah boleh mengenakan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda amaun duti eksais atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali amaun duti eksais atau RM500,000 yang mana lebih besar; atau dipenjarakan tidak kurang dari enam (6) bulan serta tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
"Bagi kes bertarikh 27 September pula disiasat di bawah Seksyen 5(1) Akta Zon Bebas 1990," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Nov 13 2021
Abdul Wahabi (tiga dari kanan) menunjukkan minuman keras yang dirampas menerusi beberapa operasi pada September dan November. -Foto Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
48 individu ditahan terbabit penipuan dalam talian di Port Dickson
Polis menahan 48 individu kerana terlibat dengan sindiket penipuan dalam talian menerusi Ops Belatuk dan Ops Nuri yang dijalankan di empat lokasi berasingan.
Kastam Sabah rampas minuman keras bernilai lebih RM500,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras dianggarkan bernilai RM528,082 dalam rampasan di Kota Kinabalu dan Beaufort bulan lepas.
Kastam Kelantan rampas rokok seludup bernilai hampir RM4.2 juta
Jabatan Kastam Kelantan merampas lebih 6.2 juta batang rokok putih bernilai hampir RM4.2 juta dalam dua lokasi berasingan minggu lepas.
Ikrar udang sejuk beku tapi bawa rokok, arak seludup
JKDM Sarawak mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras yang diikrar sebagai produk udang sejuk beku setelah melakukan pintasan di Jalan Kuching-Samarahan Ekpressway pada 22 Okt.
JKDM Pahang gagalkan cubaan edar rokok seludup, minuman keras lebih RM2.6 juta
JKDM Pahang menggagalkan cubaan pengedaran rokok seludup dan minuman keras berjumlah lebih RM2.6 juta termasuk cukai serta duti selepas menyerbu dua gudang di Lukut, Negeri Sembilan bulan lepas.
JKDM Pahang rampas minuman keras bernilai lebih RM850,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya merampas pelbagai jenis dan jenama minuman keras bernilai lebih RM850,000 termasuk cukai dan duti sejak Januari hingga September tahun ini.
Kastam Kelantan rampas tembakau kering bernilai lebih RM50,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merampas 3,980 kilogram tembakau kering bernilai RM59,700 selepas menahan sebuah lori di Jalan Machang- Jeli pada minggu lepas.
Op Transit: 7 individu termasuk pengarah syarikat, penguat kuasa ditahan reman
Tujuh individu termasuk pengarah syarikat dan tiga penguat kuasa ditahan reman tiga hari sehingga Ahad ini kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket penyeludupan barangan import di Pelabuhan Klang.
Polis Marin rampas RM1.37 juta rokok seludup di Kota Tinggi
PPM Wilayah Dua merampas sejumlah 5,535 karton rokok putih dan kretek seludup bernilai lebih RM1.37 juta selepas menyerbu sebuah pondok di Pantai Bio Desaru, Kota Tinggi pada 7 Mei lepas.
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.