awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan sogok anggota PGA, 'ketua rombongan' bawa 47 warga asing ditahan

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
03/03/2022
22:45 MYT
Cubaan sogok anggota PGA, 'ketua rombongan' bawa 47 warga asing ditahan
Rombongan berkenaan disertai pemandu bersama 53 penumpang berusia di antara empat hingga 80 tahun. -Gambar ihsan PGA
KALABAKAN: Seorang lelaki dipercayai ketua rombongan membabitkan tujuh kenderaan membawa puluhan warga asing ditahan selepas cuba memberi sogokan kepada petugas di Pusat Pemeriksaan Daratan (RCP) Kalabakan, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 6 pagi ini, lelaki berusia 52 tahun itu dikatakan cuba memberikan wang sebanyak RM1,650 dipercayai sebagai dorongan untuk pihak berkuasa melepaskan mereka.
Bagaimanapun, selepas beberapa amaran diberikan, lelaki warga tempatan itu ditahan anggota Batalion 14, Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau dan RELA untuk tindakan lanjut.
Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, hasil siasatan awal, rombongan berkenaan disertai pemandu bersama 53 penumpang berusia empat hingga 80 tahun.
Katanya, pemeriksaan mendapati 26 individu tidak mempunyai dokumen keterangan diri yang sah, 21 lagi memiliki pasport, manakala enam lagi memiliki kad pengenalan diri yang sah.
“Hasil soal siasat mendapati, semua individu terbabit ini bekerja di sebuah ladang getah dan kontrak mereka telah tamat.
“Semua suspek dipercayai bergerak dari Kuala Penyu menghala ke Tawau mengikut Jalan Sapulut-Kalabakan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Abdul Rani berkata, semua individu terbabit ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kalabakan untuk tindakan lanjut.
Katanya, polis turut melakukan rampasan terhadap tujuh kenderaan terbabit dan wang sogokan yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM487,650.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana kesalahan mengangkut migran yang diseludup.
“Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 5(2) dan Seksyen 6(1)(c) akta yang sama," katanya.
Topic Berkaitan
#PGA
#warga asing
#Abdul Rani Alias
#ketua rombongan ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan