Sepasang suami isteri tidak menyangka keputusan yang diambil untuk menjual cucur dan kuih-muih pada harga 10 sen (sekupang) sebiji mampu merubah kehidupan mereka yang sebelum ini sering berdepan dengan kesempitan kewangan.
Nurul Syafini Abd Manap, 35, bersama suaminya Mohd Hasmi Idris, 39, mula menjual pelbagai jenis cucur dan kuih muih bersaiz mini di gerai mereka di Jalan Keranji, di sini sejak dua bulan lalu.
"Sebelum ini saya dan suami asyik tak cukup wang, nak bayar sewa rumah, perbelanjaan anak ke sekolah pun tak cukup ketika suami kerja makan gaji sebagai pembantu kedai yang diberi upah antara RM30 hingga RM40 sehari.
"Tapi sejak saya dan suami ambil keputusan berniaga cucur sekupang (10 sen), Alhamdulillah rezeki kami tidak putus, sentiasa ada duit, mungkin kerana niat bersedekah kepada pelanggan, walaupun untung kami tidak banyak," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.
Katanya, cucur atau kuih-muih bersaiz mini yang dijual mendapat sambutan menggalakkan dan kebiasaannya akan habis terjual dalam tempoh dua jam sahaja.
"Setiap hari saya dan suami akan buka gerai pada jam 4 petang dan kira-kira jam 6 petang, semua cucur yang saya jual seperti karipap, donat, onde-onde, kuih kacang, cucur badak, sosej gulung, popiah goreng, cekodok pisang, dan jemput-jemput jagung akan habis terjual," kata ibu kepada enam orang anak itu.
Sementara itu, Mohd Hasmi berkata sebelum ini beliau pernah membantah cadangan isterinya untuk menjual kuih dan cucur pada harga 10 sen kerana bimbang tidak akan memperoleh keuntungan.
"Saya kasihankan isteri saya kerana terpaksa bangun awal untuk buat persiapan dan sebelah malam baru boleh berehat seperti tidak berbaloi menjual pada harga itu," katanya.
Namun, Mohd Hasmi bersyukur kerana pengorbanannya dan isteri berbaloi apabila kuih dan cucur yang dihasilkan mendapat permintaan tinggi dan perlu menyediakan antara 2,000 hingga 2,500 biji setiap hari untuk jualan dan tempahan pelanggan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2019
Mohd Hasmi menunjukkan kuih-muih bersaiz mini yang dihasilkan isterinya Nurul Syafimi Abd Manap,35, setiap hari. - Bernama
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
'Cucur Sekupang' ubah kehidupan suami isteri
Nurul Syafini dan suaminya mula menjual pelbagai jenis cucur dan kuih-muih bersaiz mini di Jalan Keranji, sejak dua bulan lalu.