awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuepacs bantah cadangan ambil jururawat Indonesia

Bernama
Bernama
08/08/2025
11:00 MYT
Cuepacs bantah cadangan ambil jururawat Indonesia
Cuepacs juga sedia berbincang dengan KKM bagi mencari penyelesaian terbaik menangani isu kekurangan jururawat tanpa menjejaskan peluang pekerjaan dan kebajikan jururawat tempatan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membantah cadangan untuk mengambil jururawat dari Indonesia bagi berkhidmat di hospital kerajaan.

Ringkasan AI
  • Cuepacs membantah cadangan pengambilan jururawat Indonesia ke hospital kerajaan kerana ramai graduan jururawat tempatan masih menunggu pelantikan tetap atau kontrak, termasuk lulusan Peningkatan Secara Lantikan (PSL).
  • Cuepacs menegaskan jururawat tempatan lebih memahami budaya dan sensitiviti masyarakat, manakala pengambilan jururawat asing yang tidak menepati piawaian KKM boleh menjejaskan mutu perkhidmatan kesihatan awam.
  • Cuepacs menggesa KKM mempercepat pelantikan jururawat tempatan, menambah pengambilan pelatih, memperluas peluang PSL dan meningkatkan insentif, serta bersedia berbincang bagi mencari penyelesaian jangka panjang terhadap isu kekurangan jururawat.

Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata cadangan itu tidak wajar kerana ramai graduan jururawat tempatan, termasuk lulusan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) masih menunggu pelantikan tetap atau kontrak, dengan ada yang menunggu sehingga lapan bulan.
Beliau berkata jururawat tempatan telah menjalani latihan ketat mengikut piawaian Kementerian Kesihatan (KKM), manakala pengambilan jururawat luar negara yang mungkin tidak menepati standard berisiko menjejaskan mutu perkhidmatan kesihatan awam.
"Peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam wajar diberikan kepada rakyat tempatan terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan pengambilan pekerja asing, selaras dengan dasar mengutamakan kepentingan warganegara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Adnan menambah jururawat tempatan lebih memahami budaya, agama dan sensitiviti sosial masyarakat, sekali gus mengurangkan cabaran komunikasi, pematuhan amalan rawatan berteraskan nilai tempatan serta hubungan dengan pesakit dan keluarga mereka.
Beliau berkata Cuepacs berharap KKM memberi tumpuan mempercepat proses pelantikan jururawat tempatan serta melaksanakan langkah jangka panjang seperti menambah bilangan pengambilan pelatih jururawat di institusi latihan KKM, memperluas peluang PSL dan meningkatkan insentif serta kemudahan untuk jururawat tempatan.
Menurut Adnan, Cuepacs juga sedia berbincang dengan KKM bagi mencari penyelesaian terbaik menangani isu kekurangan jururawat tanpa menjejaskan peluang pekerjaan dan kebajikan jururawat tempatan.
Pada Selasa, Konsul Jeneral Republik Indonesia di Johor Bahru Sigit S. Widiyanto mencadangkan kerjasama strategik dengan hospital di Malaysia bagi membolehkan jururawat dari Indonesia berkhidmat di negara ini, memandangkan kira-kira 70 peratus pesakit antarabangsa di Malaysia berasal dari negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuepacs
#jururawat asing
#jururawat Indonesia
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan