awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuepacs kemuka cadangan gaji minimum RM1,800 bagi penjawat awam lantikan baharu

Bernama
Bernama
18/07/2023
14:41 MYT
Cuepacs kemuka cadangan gaji minimum RM1,800 bagi penjawat awam lantikan baharu
Adnan berkata turut dicadangkan ialah kerajaan meningkatkan kadar kenaikan gaji tahunan dan imbuhan tetap khidmat awam masing-masing sebanyak RM100. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) telah mengemukakan cadangan mengenai gaji minimum penjawat awam bagi lantikan baharu ditetapkan pada RM1,800 sebulan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata perkara itu dimaklumkan kepada Anwar semasa sesi kunjungan hormat beliau ke atas Perdana Menteri di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya hari ini.
Beliau berkata antara perkara yang dibangkitkan ialah sistem saraan baharu untuk penjawat awam memandangkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang sedang diguna pakai telah dilaksana sejak 1 Nov 2002.
"Dalam hal ini, Cuepacs menyambut baik pengumuman Perdana Menteri pada 7 Julai lepas untuk mengkaji skim gaji perkhidmatan awam namun memohon agar pelaksanaan skim baharu ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat dengan mengambil kira saranan daripada Cuepacs," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Adnan berkata turut dicadangkan ialah kerajaan meningkatkan kadar kenaikan gaji tahunan dan imbuhan tetap khidmat awam masing-masing sebanyak RM100.
Beliau berkata bagi kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) pula, Cuepacs meminta supaya ia dibayar sepenuhnya bagi penjawat awam yang menduduki kuarters kerajaan kerana ketika ini, mereka dibayar 50 peratus daripada kadar COLA yang sepatutnya diterima.
"Dalam hal melibatkan kuarters kerajaan yang tidak diduduki serta kosong, Cuepacs mengesyorkan agar kuarters tersebut dipanjangkan penggunaannya kepada agensi perkhidmatan awam lain dan diselia oleh satu agensi khas," katanya.
Adnan berkata Cuepacs juga menyentuh perkara berkaitan pembangunan kerjaya dalam perkhidmatan awam seperti memendekkan tempoh kenaikan pangkat secara berasaskan masa, laluan kerjaya sehingga gred DG56 kepada pengetua sekolah menengah dan mewujudkan jawatan warden asrama yang bukan dalam kalangan pendidik.
"Cuepacs yakin kerajaan pimpinan Perdana Menteri sentiasa terbuka kepada setiap pandangan dan cadangan daripada penjawat awam serta Cuepacs," katanya sambil menambah Cuepacs bersedia untuk terlibat sama sebagai pihak berkepentingan dalam merealisasikan skim perkhidmatan baharu bagi penjawat awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuepacs
#gaji minimum
#penjawat awam
#cola
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan