KUALA LUMPUR: Cukai jualan ke atas barang bernilai rendah (LVG) diimport yang dijual dalam talian, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Jan 2024, bertujuan memberi kesaksamaan persaingan kepada perniagaan tempatan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
Katanya telah menjadi kelaziman di peringkat global untuk tidak mengenakan cukai jualan dan duti import ke atas barang import di bawah nilai 'de minimis' (minimum) dan di Malaysia, nilainya ditetapkan pada RM500 seunit barang bagi memudahkan urusan pelepasan kastam serta penghantaran melalui pos dan kurier.
"Kepesatan transaksi jualan dalam talian yang menjadi pilihan pengguna pada masa ini, telah mewujudkan layanan cukai yang tidak sama rata antara perniagaan dalam talian yang mengimport barang dari luar negara dan perniagaan yang beroperasi secara fizikal di Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurut MoF, terdapat 'loophole' dalam sistem cukai jualan sedia ada yang menyebabkan amalan pengelakan cukai jualan berlaku dalam kalangan penjual.
Katanya penggubalan akta berkaitan pengenaan cukai jualan ke atas LVG diimport ke Malaysia telah diumumkan dalam Belanjawan 2022.
Cukai jualan LVG diimport asalnya dijadual untuk dilaksanakan pada 1 April 2023 tetapi ditangguh bagi membolehkan kerajaan MADANI mengadakan sesi libat urus bersama-sama pemain industri untuk memperhalusi isu-isu pelaksanaan, katanya.
"Ini untuk memastikan pelaksanaan cukai ini dapat mencapai objektif, terutamanya untuk menangani isu ketidaksamarataan layanan cukai ke atas barang-barang bernilai rendah antara perniagaan tempatan yang beroperasi secara fizikal dan perniagaan dalam talian," katanya.
Cukai jualan pada kadar 10 peratus dikenakan ke atas LVG bernilai RM500 ke bawah yang diimport ke Malaysia melalui jalan darat, laut atau udara.
Cukai ini tidak dikenakan ke atas rokok, produk tembakau, minuman keras dan rokok paip kerana kesemua barang ini telah dikenakan duti import, duti eksais dan cukai jualan.
Menurut MoF, penjual dalam talian tempatan dan luar negara yang menjual LVG diimport ke Malaysia dengan nilai melebihi RM500,000 dalam tempoh 12 bulan boleh memohon untuk berdaftar di bawah Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2022 melalui mylvg.customs.gov.my/.
Negara-negara jiran telah menguatkuasakan cukai ke atas LVG, antaranya Singapura berkuat kuasa 1 Jan 2023 dan Indonesia (1 April 2023), katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023
Cukai jualan pada kadar 10 peratus dikenakan ke atas LVG bernilai RM500 ke bawah yang diimport ke Malaysia melalui jalan darat, laut atau udara. - Foto fail
Tak wajar kaitkan 'hari ini menang, esok harga minyak turun' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan adalah tidak wajar mengaitkan harga minyak semasa dengan ucapan beliau ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), 16 tahun lalu.
Beku akaun: Daim, keluarga fail semakan kehakiman terhadap Anwar
Daim memfailkan permohonan kebenaran di Mahkamah Tinggi bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Persiapan terakhir menjelang kemuncak Haji 2024
Persiapan terakhir menjelang kemuncak Haji 2024
Wartawan antarabangsa teruja dengan Hub Media Haji
Wartawan antarabangsa teruja dengan Hub Media Haji
Tembak di KLIA: Hafizal dibawa ke Mahkamah Sesyen Sepang untuk sebutan kes cubaan bunuh
Ia bagi prosiding sebutan dua kes cuba membunuh isterinya, Farah Cie dan menyebabkan cedera parah terhadap seorang pengawal peribadi, April lalu.
Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.22 mata kepada 1,615.59 daripada 1,614.37 ketika ditutup pada Isnin.
Bihun, telur goreng tercemar ragut nyawa pelajar tingkatan 5, kanak-kanak 2 tahun
Kedua-dua mangsa dipercayai makan makanan yang dibawa pulang dari program di sebuah sekolah di Sungai Cincin, Gombak.
Ringgit dijangka pada julat 3.43-3.45 berbanding dolar Singapura menjelang akhir tahun
Faktor yang meningkatkan permintaan terhadap ringgit termasuk pelaburan langsung asing yang mengalir ke Malaysia, khususnya Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
DIY tembikar tanah liat bantu kurangkan stres
Terapi seni tanah liat menawarkan pelbagai teknik yang dikatakan dapat membantu meningkatkan kesihatan mental.
Kanak-kanak lima tahun maut didera, suami isteri ditahan
Terdapat kesan pukul pada seluruh anggota badan mangsa menggunakan objek tumpul selain luka akibat koyakan pada bahagian saluran peranakan serta dubur.
BJAK masih tawar khidmat pembaharuan cukai jalan, caj pembekal rasmi JPJ ditanggung
JPJ memandang serius kandungan iklan BJAK berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan LKM secara online yang ditawarkan kepada orang awam.
Cukai jualan ke atas LVG import beri kesaksamaan persaingan kepada perniagaan tempatan - MoF
Cukai jualan ke atas barang bernilai rendah (LVG) diimport yang dijual dalam talian, bertujuan memberi kesaksamaan persaingan kepada perniagaan tempatan.
Cukai jualan 10 peratus ke atas barang dalam talian bawah RM500 dikenakan mulai 1 Jan 2024
JKDM turut menerbitkan satu set garis panduan mengenai pelaksanaan cukai jualan LVG di portalnya bertarikh 3 Nov 2023.
LVG: Cukai jualan e-dagang dapat reaksi pelbagai dalam kalangan ahli ekonomi
Pada masa ini, LGV yang bernilai RM500 dan ke bawah tidak dikenakan sebarang cukai apabila diimport ke Malaysia.
KKN Sabah bangunkan sistem, cegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan
Kerajaan Negeri Sabah menerusi KKN akan mewujudkan Integrated System secara atas talian antara KKN dan MPOB bagi mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat di negeri itu.
Sarawak guna cukai jualan produk petroleum bantu rakyat - Awang Tengah
Pelaksanaan cukai jualan oleh kerajaan negeri Sarawak adalah satu daripada kaedah penstrukturan semula hasil yang membolehkan negeri ini menjana pendapatan tambahan untuk membantu rakyat khususnya yan
Sabah dijangka kutip cukai jualan RM1.23 bilion daripada Petronas mulai 2021
Jeffrey berkata kerajaan negeri juga akan mengutip cukai jualan sebanyak lima peratus daripada syarikat minyak dan gas lain yang beroperasi di Sabah.
Proton lancar Edisi Ulang Tahun, harga RM39,300
Selepas 35 tahun, Proton sekali lagi mencipta sejarah dengan melancarkan Proton Saga edisi Ulang Tahun secara dalam talian.
Geran ekonomi gig galakkan caruman Perkeso, KWSP - Penganalisis
Insentif menerusi PENJANA yang diumumkan Perdana Menteri juga memberi jaminan perlindungan jaringan keselamatan sosial pekerja ekonomi gig.
Tiada pengurangan bayaran SST 2019 kepada Petronas - Menteri Muda Sarawak
Sharifah Hasidah berkata, dakwaan Wong bahawa cukai minyak dan gas bagi 2019 dan 2020 yang dijangkakan berjumlah RM6.775 bilion telah dikurangkan kepada RM2 bilion, adalah tidak benar dan mengelirukan