Bernama
Sun Dec 08 2013
KUALA LUMPUR: Kadar baharu cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya akan ditentukan selepas panel yang dilantik DBKL selesai meneliti semua bantahan yang diterima.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tempoh bantahan akan tamat pada 17 Dis ini.
Panel akan meneliti setiap bantahan dan sebarang keputusan yang akan dilakukan atas budi bicara DBKL sebelum dikuatkuasakan 1 Jan depan.
Katanya kadar baharu itu pastinya tidak akan membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah serta penghuni Projek Perumahan Rakyat.
"Tunggu saya buat keputusan selepas panel yang kita lantik meneliti semua bantahan yang diterima. Keputusan kita rasional yang tidak akan bebankan rakyat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kembali ke Sekolah dan Majlis Pecah tanah Pejabat Umno Bahagian Batu di sini, hari ini.
Seramai 450 pelajar menerima bantuan peralatan sekolah dan wang tunai sumbangan Yayasan Wilayah Persekutuan pada majlis yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Batu Datuk Yahaya Mat Ghani.
Tengku Adnan berkata selama 21 tahun kerajaan tidak menyemak kadar cukai taksiran namun kadar baharu yang akan ditentukan kelak tidak akan menindas rakyat kerana cadangan itu mengambil kira beberapa keperluan khusus bagi kemudahan penghuni kota.
Setakat 5 Dis lepas, DBKL telah menerima 10,000 surat bantahan berhubung kenaikan tersebut sejak mengeluarkan notis pada pertengahan November lepas kepada lebih 500,000 penghuni kota dengan 56 peratus membabitkan pemilik premis komersial.
Ditanya tentang dakwaan pembangkang bahawa anggota Umno serta perwakilan hanya berseronok di Perhimpunan Agung Umno 2013 yang berakhir semalam tanpa turun padang membantu mangsa banjir di beberapa negeri, Tengku Adnan berkata dakwaan itu langsung tidak berasas.
Setiausaha Agung Umno itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa menteri lain telah turun padang semasa berlangsungnya perhimpunan agung parti itu untuk meninjau dan menyalurkan bantuan ke kawasan terjejas.
"Perdana Menteri dan timbalannya telah bergilir-gilir meninjau keadaan banjir pada waktu itu di mana Najib sendiri bergegas ke Pahang sebaik sahaja merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra Khamis lepas manakala esoknya (Jumaat) Muhyiddin pula ke Terengganu," katanya.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai
Saiz ekonomi bayangan di Malaysia secara purata adalah dianggarkan sebanyak 21.2 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh 2010-2019.
Naikkan cukai syarikat besar untuk agihan lebih banyak kepada rakyat - Hassan Karim
Hassan Karim mencadangkan supaya cukai keuntungan terhadap syarikat-syarikat besar dinaikkan sebanyak 3 peratus iaitu daripada 24 peratus kepada 27 peratus.
Parlimen: Pengenalan cukai kepada T15 bukan alasan label 'Belanjawan Robin Hood'
Lim Guan Eng berkata, ia sebenarnya usaha kerajaan menangani kesenjangan dan mengurangkan ketidaksaksamaan.
TNB akan rayu taksiran tambahan LHDN berjumlah RM1.39 bilion
TNB juga telah memperoleh perintah penangguhan sementara terhadap pembayaran cukai berkenaan.
Kastam Perlis sita empat kenderaan termasuk kereta mewah lebih RM1.6 juta
Kenderaan yang disita dalam rampasan secara berasingan antara Jun dan Julai lepas di Kangar dan Kuala Perlis itu membabitkan cukai sebanyak RM2,239,475.
Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak
Mahkamah Tinggi KL menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguh prosiding kebankrapan tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN.
G20 bersetuju pastikan golongan kaya-raya dikenakan cukai dengan berkesan
Penting bagi semua pembayar cukai, termasuk individu dengan pendapatan bersih yang tinggi untuk menyumbang bahagian cukai mereka secara adil.
Pemulangan cukai: Pulau Pinang akan hantar permohonan rasmi kepada Anwar
Pulau Pinang akan menghantar surat permohonan rasmi kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cadangan mengembalikan 20 peratus hasil kutipan cukai kepada negeri.
Kerajaan tidak perkenal cukai baharu, sasar subsidi lebih adil - PM
Penyasaran subsidi diesel mengecualikan golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, pekebun kecil dan pemandu teksi daripada cukai itu.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.