awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mat Sabu selar tindakan beberapa negara Islam sertai Perjanjian Abraham
OpenAI sahkan peranti AI pertama bakal diperkenal pertengahan kedua 2026
Lebih 300 dikompaun, pesalah buang sampah diwajib buat khidmat masyarakat - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Cukuplah berpolitik siang dan malam' - Titah Agong kepada Ahli Parlimen

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
28/02/2022
03:32 MYT
'Cukuplah berpolitik siang dan malam' - Titah Agong kepada Ahli Parlimen
Al-Sultan Abdullah turut menitahkan selamat bersidang kepada semua Ahli Parlimen sebelum sidang dimulakan dengan bacaan doa. -Gambar Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: “Cukuplah berpolitik siang dan malam.”
Demikian antara rangkap pantun nasihat dititahkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 pada Isnin.
Sama seperti tahun lepas, Al-Sultan Abdullah mengakhiri titah Baginda dengan dua rangkap pantun nasihat, khusus buat semua Ahli Parlimen.
“Bagaikan rasa tidak lengkap jika beta tidak menyampaikan pantun nasihat buat Ahli-Ahli Yang Berhomat sekalian.
“Justeru bagi meneruskan tradisi tahun lepas, beta mengakhiri titah ini dengan dua rangkap pantun boleh? (Ahli Parlimen kemudiannya menjawab “boleh”.)
“Terima kasih.
“Gunung Kinabalu sama didaki, Sungai Pahang sama direnang, Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang susah menjadi senang.
“Busana tradisi kain bersulam, Warnanya jingga berawan larat, Cukuplah berpolitik siang dan malam, Fokuskan menjaga kepentingan rakyat.”
Sebaik Seri Paduka Baginda selesai berpantun, dewan sedikit gamat dengan reaksi daripada Ahli Parlimen yang ceria mendengar pantun Baginda.
Al-Sultan Abdullah kemudian menitahkan selamat bersidang kepada semua Ahli Parlimen sebelum sidang dimulakan dengan bacaan doa.
Tahun lepas pada September, Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 diakhiri dengan suasana ceria apabila Al-Sultan Abdullah berseloroh kepada ahli dewan untuk menjawab pantun yang dititipkan tahun hadapan.
Dalam Sidang Dewan Rakyat pada Isnin itu Baginda sempat menitipkan tiga rangkap pantun nasihat kepada ahli yang hadir.
“Kalau sesiapa nak jawab, tunggu tahun depan,” titah Baginda sambil disambut dengan senyuman dan gelak tawa ahli dewan.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah
#pantun nasihat
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan