KOTA BHARU: Sebuah sekolah di Kelantan mengeluarkan surat peringatan kepada ibu bapa berkait dengan risiko culik dalam kalangan murid.
Surat yang dikeluarkan pada Ahad itu memaklumkan peringatan itu dikeluarkan susulan sejak kebelakangan ini sering berlaku kejadian culik dalam kalangan murid sekolah.
"Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap ibu bapa atau penjaga dapat mengambil tindakan sepatutnya.
"Menghantar dan mengambil anak-anak mengikut ketetapan waktu, sentiasa memberi ingatan dan pesanan kepada anak-anak serta selalu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menangani sesuatu kes yang berlaku," kata kenyataan tersebut.
Sementara itu seorang bapa yang enggan dikenali mengakui terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sekolah terbabit.
Katanya, situasi itu menimbul ketakutan dalam kalangan ibu bapa termasuk anak-anak.
Dia berkata, disebabkan surat peringatan itu tular, kecoh di WhatsApp sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan ibu bapa.
"Setakat ini, kami belum mendengar sebarang kes melibatkan penculikan kanak-kanak selain daripada peniaga kosmetik di Tumpat.
"Pada saya, peringatan itu perlu tetapi harus disampaikan dalam bentuk berhemah terutama kepada ibu bapa supaya dapat memberikan penerangan jelas kepada anak-anak.
"Bila penerangan tidak jelas, saya bimbang timbul masalah sehingga boleh menjejaskan semangat anak-anak untuk ke sekolah," katanya.
Media pada Khamis lalu melaporkan polis Kelantan menyiasat dua kes tular melibatkan dakwaan cubaan culik dua murid di sebuah sekolah di daerah Gua Musang pada Isnin dan Selasa. - Sinar Harian
BACA: Dakwaan cubaan culik: Polis ronda kawasan sekolah
Sinar Harian
Sun Sep 25 2022

Sebuah sekolah di Kelantan mengeluarkan surat peringatan kepada ibu bapa berkait dengan risiko culik dalam kalangan murid tular pada Ahad. - Foto Sinar Harian

Lawatan PM Anwar ke Thailand bakal teroka kerjasama baharu
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand bermula Khamis dijangka memperluas lagi kerjasama sedia ada dan meneroka kerjasama baharu.

Universiti tidak sepatutnya lupakan keutamaan kajian kemanusiaan - Sultan Nazrin
Biarpun peralihan tumpuan sektor pendidikan tinggi kepada mata pelajaran STEM meningkat, universiti tidak sepatutnya melupakan keutamaan kajian kemanusiaan, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Pantau Kerajaan Baharu: Kaji selidik mega 100 hari Kerajaan Perpaduan
Menjelang 100 hari Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lima media arus perdana negara bergabung bagi melaksanakan kaji selidik mega bermula hari ini.

Russia's rescue crews in Syria pulling people alive from quake-hit buildings
Russian military personnel and Syrian civilians pulling man from collapsed house in Aleppo. Russian Emergencies Ministry team rescuing man in Jableh. Russian military delivering humanitarian aid to residents of Aleppo province.

AWANI Ringkas: KKM akan bentang kertas putih perolehan vaksin - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penempatan haram: Pemilik tanah perlu bertanggungjawab - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan pemilik tanah persendirian perlu bertanggungjawab dan mengambil perhatian dengan perkara yang berlaku di kawasan masing-masing.

PRN: Proses pembahagian kerusi BN-PH akan temui kegagalan, 'perceraian' - Sanusi
Sanusi harap 'perceraian BN-PH' dengan 'talak' tiga, dua atau satu segera berlaku.

PRN: Jawatankuasa Pilihan Raya perlu perinci dasar kerjasama politik - Aminuddin
Aminuddin mencadangkan supaya Jawatankuasa Pilihan Raya yang ditubuhkan Sekretariat Kerajaan Perpaduan memperincikan dasar kerjasama politik yang diinginkan untuk PRN tahun ini.

Belanjawan 2023: PM Anwar beri bayangan jumlah peruntukan dikurangkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak boleh bertahan dengan defisit yang tinggi dan mesti berusaha untuk mengurangkan hutangnya.

Pantau Kerajaan Baharu | Harga barang turun, pendapatan rakyat naik?

Buruh didakwa culik dua pelarian Rohingya
Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas dakwaan menculik dua pelarian etnik Rohingya pada Jumaat lepas.

Stesen kereta api Nigeria Selatan diserang pengganas, 31 penumpang diculik
Mereka menyerbu platform dan menembak secara rawak sebelum menculik penumpang sehingga menyebabkan ramai tercedera.

Tiada kejadian culik, ambil organ manusia di Johor - Polis
Polis Daerah Johor Bahru Selatan menafikan dakwaan berlakunya kejadian penculikan, mengambil dan menjual organ manusia kepada pihak hospital di Johor, Oktober lepas.

51 tahun diculik, akhirnya wanita ini bersatu dengan keluarga kandung
Melissa dilarikan oleh pengasuhnya pada 23 Ogos 1971.

Wanita bunuh rakan, 'culik' bayi dalam kandungan dijatuhi hukuman mati
Sebelum kejadian Parker dilaporkan telah memberitahu teman lelakinya serta saudara-mara dia sedang mengandung.

Culik: Tukang tilik diikat dengan rantai besi diselamat, 20 individu ditahan
Seorang tukang tilik warga India berjaya diselamatkan polis, dua hari selepas mangsa diculik sekumpulan individu dalam kejadian di Bukit Mertajam.

Polis Thailand nafi dakwaan lelaki Malaysia diculik di Songkhla
Polis Thailand pada Jumaat menafikan dakwaan seorang ahli perniagaan Malaysia bahawa dia diculik di Songkhla baru-baru ini.

Dua lagi lelaki didakwa culik warga Palestin
Dua lagi individu didakwa di mahkamah atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian.

Selesaikan kes culik warga Palestin dalam tempoh 48 jam bukti ketangkasan PDRM - Hamzah
Kejayaan PDRM menyelesaikan kes penculikan seorang lelaki warga Palestin dalam tempoh 48 jam, memperlihatkan kesiapsiagaan pasukan keselamatan itu dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Dakwaan ejen Mossad: Ambil tindakan tegas, segera demi keselamatan negara
Kerajaan perlu mengambil tindakan yang tegas dan segera dalam isu merekrut ejen Mossad di Malaysia kerana dikhuatiri menggugat keselamatan negara pada masa akan datang.