awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Curi barangan rumah dan dapur, enam individu termasuk dua wanita dipenjara

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
04/05/2021
07:42 MYT
Curi barangan rumah dan dapur, enam individu termasuk dua wanita dipenjara
Keenam-enam mereka bersama seorang lagi individu yang masih bebas didakwa telah mencuri peralatan rumah dan dapur di sebuah rumah di Bandar Amanjaya, Sungai Petani, antara jam 2 pagi hingga 2 petang 22 April lalu. - Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Enam individu termasuk dua wanita yang berusia antara 24 hingga 54 tahun dijatuhkan hukuman penjara empat hingga 11 bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri serta melupuskan peralatan rumah dan dapur yang dicuri milik seorang pegawai kastam bulan lalu.
Tertuduh, Rosli Hamid, 54 tahun; Mohd Shahir Harun, 32 tahun; Muhamad Fahmi Adnan, 24 tahun; Mohd Zainol Rashidie Abd Ghani, 26 tahun; Siti Salbiah Awang Ahmad, 32 tahun; dan Nurul Izzatie Ruslizan, 24 tahun, membuat pengakuan itu selepas jurubahasa selesai membacakan pertuduhan dihadapan Majistret Nadhirah Abdul Rahim.
Mengikut kertas pertuduhan, keenam-enam mereka bersama seorang lagi individu yang masih bebas didakwa telah mencuri peralatan rumah dan dapur di sebuah rumah di Bandar Amanjaya, Sungai Petani, antara jam 2 pagi hingga 2 petang 22 April lalu.
Sehubungan itu, mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, dua daripada mereka iaitu, Mohd Shahir Harun dan Rosli Hamid turut didakwa di bawah Seksyen 414 KK atas kesalahan melupuskan barangan curi iaitu sebuah televisyen pada hari yang sama di Kampung Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani.
Majistret Nadhirah Abdul Rahim kemudian menjatuhkan hukuman penjara 11 bulan ke atas Mohd Shahir Harun, enam bulan terhadap Rosli Hamid, manakala Muhamad Fahmi dan Mohd Zainol Rashidie Abd Ghani, masing-masing dipenjara lima bulan.
Sementara itu, Siti Salbiah Awang Ahmad dan Nurul Izzatie Ruslizani turut dijatuhkan hukuman penjara empat bulan bermula dari tarikh sebutan kes hari ini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Nurul Husnah Omar dan Zulfadzly Hassan manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#Mencuri
#Sungai Petani
#kes mahkamah
#Kanun Keseksaan
#curi peralatan rumah
#penjara
#Bandar Amanjaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan