awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Curi telefon bimbit, tukang masak dipenjara dua bulan dan didenda RM2,000

Bernama
Bernama
30/07/2024
14:15 MYT
Curi telefon bimbit, tukang masak dipenjara dua bulan dan didenda RM2,000
Seorang tukang masak dipenjara dua bulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret kerana mencuri sebuah telefon bimbit. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang tukang masak dipenjara dua bulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri sebuah telefon bimbit dalam sebuah premis menjual barangan cenderamata, dua minggu lepas.
Majistret M.S. Arunjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Yap Kok Keong, 28, dan turut memerintahkannya menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda.
Yap didakwa mencuri telefon bimbit bernilai RM787 di sebuah kedai di The Gardens Mall di sini pada 9.50 pagi, 17 Julai lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda dan bagi kesalahan kedua atau seterusnya boleh dihukum penjara serta dikenakan denda atau sebat.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, pemilik premis menjual cenderamata itu mendapati kedainya telah dipecah masuk dan terdapat kesan cungkil pada kabinet manakala rakaman kamera litar tertutup pada 10 malam hari sebelumnya mendapati tertuduh telah mencuri telefon bimbit berkenaan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafiezah Mohamed Fauzi memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran namun peguam C.H. Low daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu hukuman ringan atas alasan tertuduh perlu menanggung ibu bapa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Curi telefon bimbit
#tukang masak
#dipenjara
#Yap Kok Keong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan