awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Curi unsur nadir bumi: Sanusi mahu saman Saifuddin

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
16/07/2023
09:15 MYT
Curi unsur nadir bumi: Sanusi mahu saman Saifuddin
Sanusi berkata tindakan undang-undang menjadi jalan terbaik untuk mengelak rakyat menerima maklumat tidak tepat. - Gambar fail
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mendakwa akan mengambil tindakan undang-undang termasuk membuat laporan polis terhadap kenyataan dikeluarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung isu kecurian unsur nadir bumi (REE).
Menurut beliau, maklumat yang disampaikan bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu dalam satu ceramah di Guar Cempedak, Kedah malam tadi, didakwa sebagai tidak benar dan bermotifkan politik.
Tegasnya tindakan undang-undang menjadi jalan terbaik untuk mengelak rakyat menerima maklumat tidak tepat terutama ketika menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
"Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk membuat laporan polis dan tindakan undang-undang akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undan. Saya tidak kira menteri atau tidak, saya akan saman," katanya.
Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Geran Tanah peringkat Daerah Bandar Baharu di Dewan Seri Tasik, Serdang pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan bahawa Perbadanan Menteri Besar (MBI) tidak dikompaun atas kesalahan mencuri mineral berkenaan seperti didakwa.
Sebaliknya, ia disebabkan agensi itu adalah pemegang permit atau lesen ladang hutan di kawasan berlakunya kecurian terbabit.
"MBI dikompaun kerana merupakan pemegang lesen ladang hutan yang sah dan bertanggungjawan ke atas kawalan kawasan tersebut, pasal itu nama dia ada di situ, bukan dia (yang) curi," katanya.
Terdahulu, Saifuddin mendedahkan MBI menerima kompaun berjumlah RM500,000 kerana terlibat dalam kejadian mencuri REE di Kampung Chong, Sik.
Menurut beliau, kompaun itu dikeluarkan pada 4 Oktober tahun lalu oleh Pengarah Tanah dan Galian negeri, Datuk Mohd Fauzi Mustaffa dan dialamatkan kepada Pengerusi MBI, iaitu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Saifuddin turut mendedahkan, kejadian itu berlaku pada 24 September 2022 pada jam 2.30 petang di kampung terbabit.
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#unsur nadir bumi
#Saifuddin Nasution
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan