awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dikejar lebih sejam, dua lelaki curi kabel telekomunikasi ditahan
Rumah ibadat atas tapak tidak sah: Penguatkuasaan perlu konsisten, adil - ABIM
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saifuddin dedah MBI Kedah terima kompaun curi nadir bumi

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
15/07/2023
15:10 MYT
Saifuddin dedah MBI Kedah terima kompaun curi nadir bumi
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah menerima kompaun berjumlah RM500,000 kerana terlibat dalam kejadian mencuri unsur nadir bumi (REE) di Kampung Chong, Sik. - Astro AWANI
SIK: Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah menerima kompaun berjumlah RM500,000 kerana terlibat dalam kejadian mencuri unsur nadir bumi (REE) di Kampung Chong, Sik.
Menurut beliau, kompaun itu dikeluarkan pada 4 Oktober tahun lalu oleh Pengarah Tanah dan Galian negeri, Datuk Mohd Fauzi Mustaffa dan dialamatkan kepada Pengerusi MBI, iaitu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri turut mendedahkan, kejadian itu berlaku pada 24 September 2022 pada jam 2.30 petang di kampung terbabit.
“Kompaun itu di bawah Seksyen 426 (1) Kanun Tanah Negara. Kita lantik Menteri Besar untuk urus negeri, bukan jadi pencuri," katanya ketika Jelajah Perpaduan MADANI dan Pelancaran Jentera Perpaduan di Guar Chempedak di sini pada Sabtu.
Saifuddin berkata, pendedahan itu hanya permulaan kerana akan ada siri pendedahan dengan dokumen lengkap kerana mereka percaya dengan kecerdikan rakyat Kedah.
"Yakinlah semua, kita akan turun terangkan dengan elok dalam siri-siri penerangan kita," ujarnya.
Khamis lalu, polis Kedah membongkar kegiatan pemerdagangan manusia dan kecurian REE di Bukit Enggang, Sik selepas menahan sembilan individu hujung bulan lalu.
Susulan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid menuntut kerajaan negeri memberikan penjelasan terhadap pelbagai persoalan berkaitan isu penerokaan dan kecurian REE, yang didakwa masih berlaku susulan penahanan beberapa individu itu.
Topic Berkaitan
#MBI Kedah
#Saifuddin Nasution Ismail
#curi nadir bumi
#kompaun
#Muhammad Sanusi Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan