GEORGE TOWN: Cuti penggal persekolahan yang baru saja bermula dimanfaatkan orang ramai untuk membawa keluarga ke lokasi tumpuan pelancong di Pulau Pinang.
Tinjauan Astro AWANI di sekitar kawasan peranginan terkemuka, Bukit Bendera, mendapati kawasan itu tetap menjadi tumpuan pengunjung meskipun Pulau Pinang masih berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Rata-rata pengunjung yang ditemui dilihat mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan MKN serta pengurusan PBBPP tanpa sebarang bantahan.
Mereka mematuhi SOP ditetapkan termasuk mengenakan pelitup muka dan mengimbas aplikasi MySejahtera serta membuat pemeriksaan suhu.
"Setakat ini Alhamdulillah, mana yang kami pergi, patuh SOP. Yang imbas MySejahtera semua ada, semua ikut SOP juga. Kami jauhkan diri daripada mereka yang tak ikut SOP. Macam kami bawa anak-anak, kalau ada orang ramai, kami tak pergi tempat kelompok ramai tu," ujar seorang pengunjung, Noor Syahida Mohamed Sapuan.
Bagi pekerja swasta, Muhammad Fadzli Che Saad pula, dia setuju bahawa ketetapan dan SOP menghindar COVID-19 dipatuhi orang ramai.
"Semua elok di sini. Penjarakan fizikal ada mereka jaga, mereka memang buat betul-betul ikut SOP. Kalau tak pakai pelitup muka nanti mereka datang terus tegur. Sanitiser (cecair pembasmi kuman) pun ada diberikan, semuanya lengkap. Saya tengok (penjagaan) jarak 1 meter semua OK, setakat sekarang mereka patuhlah pada SOP tu," ujarnya.
Sementara itu, Menurut Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP), Datuk Cheok Lay Leng, pihaknya sentiasa menitikberatkan segala arahan yang ditetapkan MKN, termasuk mengetatkan lagi SOP sedia ada.
Lay Leng berkata, pihaknya mengetatkan lagi SOP dengan mengehadkan jumlah penumpang kereta api furnikular iaitu seramai 60 orang sahaja dalam satu masa.
"Perkhidmatan fernikular walaupun sejak tahun lepas sekitar Jun, semuanya dapat berjalan dalam kapasiti penuh, tapi Bukit Bendera masih kurangkan kapasiti. Dulu (muat) 100 orang tapi sekarang 60 orang saja setiap perjalanan.
"SOP lain, kami pastikan pengunjung pakai pelitup muka, ambil suhu badan dan dilakukan kerja pembersihan di gerabak setiap jam," ujarnya yang mengakui mendapat kerjaama daripada pengunjung.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi berkata, pihak polis akan sentiasa melakukan pemantauan di kawasan tumpuan orang ramai seperti di Bukit Bendera dan Batu Ferringhi.
Soffian berkata, sempena cuti persekolahan, pihaknya akan meningkatkan lagi pemantauan bagi memastikan pengunjung mematuhi SOP yang ditetapkan MKN.
Katanya, jumlah kehadiran orang ramai pada masa ini tidak ramai memandangkan belum ada kebenaran untuk rentas negeri dan hasil pemantauan mendapati kehadiran pelancong hanya terdiri dari penduduk di negeri sahaja.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Mar 29 2021
Pengunjung perlu mengimbas aplikasi MySejahtera, mengambil suhu tubuh dan menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum menaiki furnikular di Bukit Bendera. - Astro AWANI
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
Projek pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera bermula 15 Oktober
Beliau berkata tempoh penutupan adalah dari 15 Okt, iaitu sebaik projek berkenaan dimulakan dan mengambil masa selama dua tahun dan dijangka siap 30 Jun 2026.
Funikular Bukit Bendera ditutup 5 hingga 11 Jun
PBBPP menjalankan dua penyelenggaraan berjadual utama pada setiap tahun menerusi pengawasan jurutera pengeluar funikular.
Perkhidmatan bas percuma ke Bukit Bendera sempena Tahun Baharu Cina
Perkhidmatan pengangkutan secara percuma itu disediakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar.
Perkhidmatan funikular Bukit Bendera dihentikan sementara 13 Mac ini
PBBPP dalam kenyataannya berkata, penutupan sementara itu bagi membolehkan pemeriksaan khas ke atas struktur landasan funikular dijalankan.
Dakwaan Bukit Bendera disenarai 100 'perangkap pelancong' tak benar - Exco
Kenyataan yang dibuat dalam artikel bertarikh 24 Ogos itu sama sekali tidak benar berikutan hanya dibuat berdasarkan 24 ulasan buruk yang diambil secara rawak.
Hos brek trek bocor, PBBPP mohon maaf pengunjung Bukit Bendera terkandas hampir tiga jam
Kejadian berlaku pada jam 4 petang Ahad, namun perkhidmatan funikular kembali beroperasi seperti biasa pada jam 6.45 petang.
27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari
Seramai 27,059 pelancong melawat Pulau Pinang bermula pada 11 Okt lepas dengan 14 destinasi pelancongan negeri dikenal pasti menjadi tumpuan ramai.
Bukit Bendera diiktiraf sebagai rizab biosfera oleh UNESCO
Pengiktirafan itu sekali gus menjadikannya sebagai tempat ketiga diiktiraf sebagai rizab biosfera selepas Tasik Chini dan Banjaran Crocker.
Perkhidmatan kereta kabel tergendala, 150 pengunjung Bukit Bendera terkandas
Seramai 150 pengunjung Bukit Bendera termasuk warga emas dan kanak-kanak terkandas di Stesen Tengah pusat peranginan itu pada petang Sabtu.
Bukit Bendera dijangka terima pengiktirafan UNESCO - PHC
Pengurus Besarnya Datuk Cheok Lay Leng berkata, Kabinet baru-baru ini telah meluluskan kertas kerja untuk permohonannya yang dibentangkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.