awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Arahan berpindah dikeluarkan ketika ribut kuat landa pantai timur Australia
DUNIA
6 maut, ramai cedera dalam letupan kilang mercun di selatan India
MALAYSIA
Lelaki nyaris maut, pikap terkena tembakan di hadapan sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Aktivis politik Hishamuddin Rais dipanggil ke Bukit Aman esok

Seth Akmal
Seth Akmal
01/07/2025
09:30 MYT
Aktivis politik Hishamuddin Rais dipanggil ke Bukit Aman esok
Hishamuddin Rais dipanggil ke Bukit Aman bagi beri keterangan tentang penglibatannya dalam himpunan Rakyat Benci Rasuah pada 28 Jun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Aktivis politik Hishamuddin Rais mengesahkan bahawa beliau telah diminta hadir ke Bukit Aman pada Rabu untuk memberi keterangan berhubung penglibatan beliau dalam sebuah himpunan di Kuala Lumpur pada 28 Jun.

Ringkasan AI
  • Aktivis Hishamuddin Rais dipanggil ke Bukit Aman pada 3 Julai 2025 untuk memberi keterangan berhubung penglibatannya dalam Himpunan Rakyat Benci Rasuah 2.0 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 28 Jun.
  • Himpunan tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Rakyat Benci Rasuah dengan empat tuntutan utama, termasuk pemisahan kuasa Pendakwa Raya, reformasi SPRM, penggubalan Akta Pendanaan Politik, dan penjelasan kes Teoh Beng Hock.
  • Perhimpunan yang bermula secara aman bertukar tegang sekitar jam 4.30 petang, apabila seorang peserta menyalakan suar, mencetuskan kekecohan antara peserta dan polis sebelum himpunan berakhir sekitar jam 6 petang.

Beliau yang juga penulis blog Tukar Tiub itu berkata demikian menerusi kenyataan akhbar yang disiarkan pada Selasa.
“Saya Hishamuddin Rais telah mendapat panggil telefon dari pihak polis Bukit Aman. Pihak berwajib mahu mengambil kenyataan saya mengenai keterlibatan dalam demonstrasi Rakyat Benci Rasuah yang berjalan di Sogo dan Dataran Merdeka pada Sabtu 28 Jun 2025 yang lalu,” katanya.
Hishamuddin juga mengesahkan akan hadir bersama peguam daripada pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Lawyer For Liberty (LFL) pada jam 11 pagi.
Difahamkan Hishamuddin yang juga pengarah filem turut menyampaikan pidato semasa himpunan tersebut.
Menurut laporan media, hampir 100 peserta himpunan mula berkumpul pada 2.30 petang di pusat membeli belah Sogo sebelum berarak menuju ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara.
Pihak polis turut mengawal lalu lintas dan menjaga keselamatan semasa himpunan sedang dijalankan.
Namun sekitar jam 4.30 petang berlaku kekecohan seketika apabila seorang aktivis mahasiswa telah menyalakan suar dan menyebabkan anggota polis cuba merampas suar berkenaan sebelum himpunan selesai.
Topic Berkaitan
#Hishamuddin Rais
#hadir ke Bukit Aman
#Rakyat Benci Rasuah
#demonstrasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami