KUALA LUMPUR : Impak pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah mengubah hampir keseluruhan gaya hidup masyarakat, termasuk menjadikan penggunaan teknologi digital sebagai norma baharu, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, kepantasan kebergantungan manusia kepada dunia digital sewaktu era pandemik ini, adalah di luar jangkaan dan COVID-19, katanya lagi, telah mempercepatkan lagi usaha dan strategi kerajaan untuk meningkatkan literasi digital di kalangan masyarakat.
Jelasnya lagi, lebih ramai rakyat Malaysia telah melibatkan diri dalam e-dagang, manakala golonngan pelajar lebih terdedah kepada bilik darjah dalam talian, sementara sektor ekonomi dan kerajaan terus berusaha meningkatkan kecekapan digitalisasi.
“Ia telah menjadi jelas bahawa kebergantungan ini bukan sahaja mencipta peluang-peluang baharu, tetapi ia juga telah membuka laluan kepada pelbagai jenis ancaman, risiko dan kelemahan.
“Penjenayah siber yang tidak bertanggungjawab, akan cuba mengeksploitasi situasi sebegini bagi melaksanakan niat jahat mereka,” katanya ketika berucap melancarkan Cyber Defence & Security Exhibition and Conference 2021 (CYDES 2021) secara maya awal hari ini.
Perdana Menteri berkata, walaupun tiga tahun kebelakangan ini menunjukkan nilai kerugian harta akibat jenayah siber semakin menurun, namun jumlah kes baharu terus meningkat.
Situasi itu, katanya lagi, membuktikan bahawa jenayah siber telah menjadi satu masalah yang memerlukan perhatian serius daripada semua pihak.
Atas sebab itu, Perdana Menteri berkata, keselamatan siber perlu menjadi keutamaan bagi setiap negara, terutamanya berkaitan perkara yang mendasari perihal ekonomi dan keselamatan negara.
Beliau berkata, isu keselamatan siber kini menjadi antara fokus utama kerajaan bagi melengkapkan usaha dalam memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Katanya lagi, bagi menangani secara efektf isu berkenaan, kerajaan telah melancarkan insiatif MyDigital, yang juga bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mendalami digitalisasi, serta merebut peluang bagi memperbaiki taraf kehidupan.
“MyDigital merupakan inisiatif nasional bagi melambangkan aspirasi kerajaan untuk menukar Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi yang didorong secara digital, dan menjadi pemimpin serantau dalam ekonomi digital.
“Bagi memastikan keberjayaan MyDigital, Agensi Keselamatan Siber Malaysia (NACSA) telah diberi tanggungjawab menjadi agensi peneraju bagi menyelaras dan menetapkan standard semua inisiatif keselamatan siber di bawah enam kluster MyDigital,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata, kesemua pelan tindakan di bawah Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) 2020-2024 akan diselaraskan dengan inisiatif MyDigital sebagai elemen penting untuk mencapai visi membina ruang siber yang selamat, dipercayai, dan mampan.
Selain itu, Muhyiddin berkata, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menggalas tanggungjawab bagi membantu beliau dalam menguruskan isu berkaitan keselamatan siber negara.
“(Inisiatif) ini merupakan terjemahan terhadap komitmen dan keseriusan kerajaan dalam memperkasakan daya tahan negara dalam menjaga keselamatan ruang siber kita.
“Saya percaya bukan sahaja Malaysia, tetapi semua negara perlu mengambil perkara (tentang keselamatan siber) ini dengan serius,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Jun 28 2021
Menurut PM Muhyiddin, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menggalas tanggungjawab bagi membantu beliau dalam menguruskan isu berkaitan keselamatan siber negara. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Lelaki sindrom Down melecur disimbah air panas dalam lif
Seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Muhyiddin mohon lima hakim dengar permohonan semakan
Muhyiddin mohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
PMO tentukan kelulusan projek Jana Wibawa, rundingan terus atau tender terbuka - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
Jelajah PN: Syed Saddiq beri penjelasan kepada kepimpinan MUDA
Syed Saddiq berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, perlu dibuat demi kepentingan rakyat dan bukan atas nama parti.
Isu sokong MB Selangor: Mana ada kartel? - Muhyiddin
Presiden BERSATU itu menegaskan, parti tersebut bergerak berdasarkan Perlembagaan dan memiliki peraturan yang perlu dipatuhi.
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
PN tekad tingkatkan sokongan dari kalangan bukan Melayu dan Bumiputera - Muhyiddin
Perikatan Nasional perlu meningkatkan lagi usaha untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu dan Bumiputera, terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Cabaran kosongkan kerusi: "Kepala 'parti lompat' yang mahu cadang pula"- Anwar
Anwar menempelak kenyataan Muhyiddin berhubung cabaran kepada kerajaan bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi di lima kawasan Parlimen dan satu DUN.