Polis telah membuat rampasan dadah terbesar di Sarawak berjumlah RM1.7 juta berikutan penahanan seorang lelaki dalam sebuah serbuan pada Isnin lepas.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Amer Awal berkata suspek berumur 20-an itu ditangkap di tempat letak kereta sebuah stesyen minyak di simpang Ngu, Batu Niah Jalan Miri-Bintulu dan dipercayai seorang daripada anggota sindiket yang mula aktif mengedar dadah tahun ini.
"Dadah yang dirampas ialah methamphetamine seberat 2,578 gram, ganja (3516.38 gram), pil erimin 5 sebanyak 1,230 biji, pil ekstasi 3,568 biji dan pil dadah jenis yaba 950 biji," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata rampasan dadah itu dilakukan di dua lokasi berbeza iaitu di simpang Ngu diikuti dan di sebuah rumah kediaman di Tanjung Lobang pada hari sama.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan," katanya.
Amer berkata suspek telah direman tujuh hari hingga 13 Mac bagi membantu siasatan.
"Kita sedang memburu rakan-rakan suspek yang terlibat dalam sindiket tersebut, terdiri daripada warga tempatan dan asing serta sedang mengenal pasti dari mana mereka mendapat bekalan dadah tersebut," katanya.
Beliau berkata sindiket tersebut dipercayai menjual dadah untuk pasaran bandar raya Miri sahaja dengan menyembunyikannya dalam kotak makanan dan pek bungkusan makanan.
Turut hadir pada sidang media ialah Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah dan Ketua Polis Sibu ACP Stanley Johnathan Ringgit.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 08 2018
Suspek telah direman tujuh hari hingga 13 Mac bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
Menteri, ketua jabatan perlu kemuka nama kampung minggu depan
Menurutnya, ketua jabatan yang turun ke kampung tidak boleh membawa pangkat mereka sebaliknya bertindak sebagai anak kampung.
Anwar dijadual adakan pertemuan dalam talian dengan Google hari ini
Tanpa menyatakan butiran lanjut mengenai isu yang akan dibincangkan, beliau berkata Malaysia terus mendapat minat daripada pelabur asing.
Lapan termasuk kanak-kanak, bayi cedera, kereta terbabas di lebuh raya PLUS
Kesemua mangsa menaiki kereta jenis Proton Exora yang telah terbalik di sisi kanan dalam kemalangan di lebuh raya PLUS awal pagi ini.
Pusat Rawatan Madinah mula beroperasi, dilengkapi pelbagai kemudahan, doktor pakar
Pusat rawatan berkenaan dilengkapi kemudahan antaranya wad dengan kapasiti 33 katil, unit kecemasan, x-ray, fisioterapi dan makmal perubatan selain pakar pemakanan.
Penjawat awam tiada integriti tidak berhak dapat layanan sama dari kerajaan - PM Anwar
Tingkat integriti penjawat awam perlu setimpal dengan pengiktirifan yang diberikan kerajaan kepada mereka.
Semua 31,600 jemaah Tabung Haji tahun ini akan masuk Raudah
Namun begitu, ia bergantung atau tertakluk kepada kerajaan Arab Saudi untuk meluluskan permohonan yang dibuat melalui aplikasi Nusuk.
Niaga AWANI: Pelaburan ESG: Pulangan kewangan dengan impak positif untuk semua
Sempena Minggu ESG Pasaran Modal Malaysia yang akan berlangsung pada minggu depan, Niaga AWANI akan membincangkan bagaimana pelabur boleh menyepadukan ESG, pelaburan lestari, dan pelaburan impak dalam strategi pelaburan serta menghasilkan pulangan yang lestari dalam portfolio pelaburan mereka bersama Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
1.6 juta orang tonton konsert percuma Madonna di pantai Copacabana Brazil
Konsert yang berlangsung pada Sabtu lalu sebagai menutup konsert jelajah dunia "Celebration" penyanyi itu.
Dadah bernilai RM1.7 juta dirampas di Miri
Suspek berumur 20-an itu ditangkap di tempat letak kereta sebuah stesyen minyak di simpang Ngu, Batu Niah Jalan Miri-Bintulu dan dipercayai seorang daripada anggota sindiket.