KOTA BHARU: Polis menahan 1,072 individu yang menjalankan pelbagai kesalahan dadah dalam operasi bersepadu sempadan bagi tempoh 1 April hingga semalam di seluruh Kelantan.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kesemua yang ditahan berumur di antara 17 hingga 59 tahun terdiri daripada 1,051 lelaki dan 21 wanita termasuk empat penjawat awam.
Beliau berkata operasi bersepadu berkenaan bertujuan bagi mengekang penyeludupan dan penyalahgunaan dadah dari negara jiran melalui sempadan ke negara ini.
Menurutnya tumpuan operasi adalah di kawasan sasaran yang dikenal pasti iaitu di kawasan aktif atau sarang penagih dadah yang menjalankan kegiatan sedemikian.
"Kesemua mereka disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas)1985 dan Akta Racun 1952," katanya dalam kenyataan hari ini.
Berikutan itu, pelbagai dadah dirampas dalam operasi berkenaan yang dianggarkan bernilai RM242,193.
"Antaranya yang dirampas adalah pil kuda seberat 1,121.23 gram (g), heroin seberat 62.29 g, ganja seberat 130.5 g, syabu seberat 1.17 g serta pil psiktropik seberat 333.07 g," katanya.
Muhamad Zaki berkata jumlah dadah yang dirampas ini dianggarkan boleh digunakan untuk seramai 15,863 penagih dadah.
Selain itu, pelbagai harta turut disita terdiri daripada kenderaan dan wang dalam akaun yang dianggarkan bernilai RM42,338 dan kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta)1988.
Beliau berkata polis Kelantan akan terus membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di negeri ini dan mengharapkan masyarakat membantu dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti berkenaan.
"Orang ramai boleh menghubungi Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di talian 012-2087222 dan Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di talian 09-7455555," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Muhamad Zaki berkata kesemua yang ditahan berumur di antara 17 hingga 59 tahun terdiri daripada 1,051 lelaki dan 21 wanita termasuk empat penjawat awam. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Dadah: Lebih 1,000 individu ditahan dalam operasi bersepadu sempadan
Polis menahan 1,072 individu yang menjalankan pelbagai kesalahan dadah dalam operasi bersepadu sempadan bagi tempoh 1 April hingga semalam di seluruh Kelantan.