KUALA LUMPUR: Daftar Pemilih Tambahan Bulan April 2024 (DPT BLN4/2024) diperaku dan diwartakan hari ini, dan semakan dibuka selama 30 hari hingga 19 Jun ini, menurut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak.
Beliau berkata DPT BLN4/2024 itu mengandungi 36,598 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 April 2024 hingga 30 April 2024 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, 5,204 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,452 pemilih bertukar status atau kategori pengundi.
"SPR menyeru kepada warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 April 2024 hingga 30 April 2024 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN4/2024," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata SPR menyediakan lima kaedah semakan bagi DPT BLN4/2024 iaitu melalui portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my; portal rasmi Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri http://ppn.spr.gov.my; dan aplikasi dalam talian https://myspr.spr.gov.my.
Kaedah lain termasuk aplikasi mudah alih MySPR Semak atau hotline Semakan Pendaftaran Pemilih menerusi talian 03-8892 7218.
Ikmalrudin berkata sekiranya pemilih mendapati namanya tidak disenaraikan dalam DPT BLN4/2024, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.
Beliau berkata mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat melakukan bantahan terhadap kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, perlu mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.
Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun daripada portal Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan perlu dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan untuk membuat serahan dan membayar fi bantahan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN4/2024.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024
DPT BLN4/2024 itu mengandungi 36,598 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 April 2024 hingga 30 April 2024 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu. - Gambar fail/Bernama
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Daftar pemilih tambahan April 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan April 2024 diperaku dan diwartakan hari ini, dan semakan dibuka selama 30 hari hingga 19 Jun ini.
Daftar Pemilih Tambahan Mac 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac 2024 (DPT BLN3/2024) telah diperaku dan diwartakan hari ini, dan semakan dibuka selama 30 hari sehingga 29 Mei ini.
Daftar Pemilih Tambahan Disember 2023 dibuka untuk semakan
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2023 (DPT BLN12/2023) yang telah diperaku dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 17 Feb depan.
Daftar Pemilih Tambahan September 2023 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan September 2023 (DPT BLN9/2023) yang diperaku serta diwartakan hari ini, dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 22 Nov ini.
Daftar Pemilih Tambahan April 2023 kini dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan April 2023 yang diperaku dan diwartakan hari ini, dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 20 Jun 2023.
Daftar Pemilih Tambahan Oktober 2022 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2022 (DPT BLN10/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai hari ini hingga 12 Jan depan.
Daftar Pemilih Tambahan Januari 2022 dibuka untuk semakan
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Januari Tahun 2022 (DPT BLN1/2022) yang telah diperakui dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari, hingga 17 Mac depan.