Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy kerana didakwa berbohong berhubung status kewangan syarikat itu.
Dalam laporannya, Lip Eng mendakwa Arul Kanda mungkin telah melanggar Seksyen 202 dan 203 Kanun Keseksaan juga Seksyen 592 Akta Syarikat apabila dikatakan telah memberikan maklumat palsu bahawa syarikat itu tidak bankrap dan mampu membayar hutang melalui pelan rasionalisasi.
BACA: Guan Eng dedah perincian hutang RM1 trilion
Namun, kenyataan yang diperoleh daripada dua pengarah 1MDB ketika siasatan Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa syarikat itu kini muflis dan tidak lagi mampu membayar hutangnya.
BACA: Pengarah sahkan 1MDB tidak mampu bayar hutangnya - Lim Guan Eng
BACA: Bayaran BNM dan Khazanah kepada MoF diguna untuk bayar hutang 1MDB
Terdahulu, Arul Kanda mendakwa tidak tahu tentang urusan 1MDB kerana sedang bercuti (garden leave) dan menafikan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
BACA: 'Salah laku 1MDB didakwa berlaku sebelum saya sertai syarikat' - Arul Kanda
BACA: 'I answered everything truthfully, I just didn't have documents' - Arul Kanda
Arul Kanda juga berkata telah melantik peguam, di atas kapasiti individu, untuk menilai apakah tindakan undang-undang terhadap dakwaan itu.
Dalam reaksi balas, Guan Eng mengalu-alukan tindakan undang-undang oleh Arul Kanda terhadapnya.
BACA: Arul Kanda nak saman? Silakan - Lim Guan Eng
Ibrahim Sani
Sat May 26 2018

Lip Eng (kiri) buat laporan polis terhadap Arul Kanda kerana didakwa berbohong berhubung status kewangan syarikat itu. -Gambar fail

Pengusaha bas rayu agar nasib mereka didengari
Industri bas persiaran dan pelancongan bakal lumpuh bila-bila masa. Pemain industri menyeru agar pihak berkaitan mengambil serius permohonan mereka dan satu perbincangan dapat dilakukan demi menyelamatkan lebih ramai pengusaha.

Fungsi bas persiaran boleh diubah tapi memakan kos
Lesen Perubahan Sementara ada dikeluarkan APAD bagi megubah fungsi bas persiaran Ketika ini sebaagai sebuah kenderaan logistik. Ini dalam masa yang sama menurut pemain industri akan memakan kos yang tinggi dan juga tiada jaminan pelanggan di situ.

Pengusaha Bas Kecewa | Perbincangan syarikat kredit dan kerajaan tidak jemput pemain industri?
Pada masa sama, pihak pengusaha bas juga menyuarakan kekecewaan apabila ada perbincangan yang diadakan antara syarikat kredit dan agensi kerajaan tidak melibatkan pemain industri seperti mereka.

Industri Bas Lumpuh | Skim rehabilitasi pakej permai bersifat jangka pendek
Skim rehabilitasi sewa beli bas dan teksi yang diperkenalkan dalam Pakej Permai dilihat tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemilik bas dan pengusaha bas ketika ini, sebaliknya ia dilihat sebagai penyelesaian jangka pendek.

Pengumuman Khas PKP Selangor 2021

Pelajar tingkatan lima SMK Petra Jaya jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah
Hari pertama sesi persekolahan di SMK Petra Jaya di sini bertukar tragedi apabila salah seorang pelajar jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut.

MCMC nafi keluarkan poster amaran
Poster berkenaan yang tular di media sosial mengandungi kesalahan fakta yang direka-reka meliputi aspek hukuman dan akta yang digunakan ke atas individu yang melanggar amaran berkenaan.

Darurat: Najib cabar Tengku Zafrul namakan negara yang gantung Parlimen akibat COVID-19
Najib berkata, dakwaan Menteri Kewangan yang menyamakan langkah Darurat Malaysia dengan 80 negara lain tidak tepat.

AWANI Ringkas: PdPR bermula hari ini | Terjejas banjir, tiada sekolah menengah di Sabah ditutup
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

COVID-19 | Ahli Parlimen Pasir Salak positif COVID-19
Selepas Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Sri Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan positif COVID-19, semalam, hari ini Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Sri Tajuddin Abdul Rahman pula turut menerima nasib yang sama. Kedua-dua mereka duduk bersebelahan antara satu sama lain dalam satu sidang media pada 12 Januari lepas.

Bicara kes Najib, Arul Kanda atas dakwaan pinda laporan audit 1MDB ditangguh
Penangguhan itu susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 13 hingga 26 Jan ini bagi mengekang penularan COVID-19.

Kes rasuah Najib: Tiada siapa yang mahu ganti jadi CEO 1MDB - Saksi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terdedah kepada unsur-unsur politik.

Mesyuarat tidak akan berlaku jika tiada mesyuarat awal dengan Najib - Ali Hamsa
Sebelum ini, Ali memberi keterangan bahawa semasa mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan beliau, terdapat empat isu dipersetujui untuk dipadamkan daripada laporan.

Mahkamah tolak permohonan Najib batalkan pertuduhan pinda laporan 1MDB
Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pertuduhan terhadap Najib, 67, tidak mengelirukan seperti didakwa bekas perdana menteri itu.

Najib tidak pernah pilih penyata kewangan untuk laporan audit - Ambrin
Ambrin dalam pernyataannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu berkata, Najib hanya memberitahunya beliau akan menyiasat mengapa ada dua versi penyata kewangan yang berbeza.

Ali Hamsa refers to talking points given by PMO during 1MDB meeting
The trial before Judge Mohamed Zaini Mazlan continues this Wednesday.

Kes SRC: Nasib Najib ditentukan Selasa ini
Tarikh itu bakal dicatat sebagai detik penting dalam sejarah yang menyaksikan Mahkamah Tinggi memutuskan sama ada Najib, bersalah atau sebaliknya.

Peguam jalani saringan COVID-19, perbicaraan kes Najib, Arul ditangguh esok
Mahkamah membuat keputusan itu berikutan seorang peguam daripada pasukan pembelaan bekas perdana menteri itu terpaksa menjalani ujian saringan COVID-19.

Nor Salwani tidak langgar tatalaku guna perakam - Ambrin
Nor Salwani merupakan sebahagian daripada pasukan audit JAN dan beliau sepatutnya mengambil catatan tetapi telah disuruh keluar daripada mesyuarat pada 24 Februari 2016 kerana tidak cukup ruang.

MB Perak 'tabik' Nor Salwani
Ahmad Faizal memuji tindakan Nor Salwani yang menyimpan bukti pindaan terhadap Laporan Audit 1MDB.